Thursday, October 17, 2013
~ HATI-hATI ~
Sila berhati-hati apabila bercakap,
Kerana dikhuatiri akan melukakan hati manusia yang mendengarnya.
"Berfikir sebelum menulis atau bercakap" hendak bercakap biar berlandaskan ilmu, atau lebih baik berdiam sahaja.
Siapa kamu hendak memperlekehkan kebolehan manusia lain?
Kamu menghina kekurangan manusia bermakna kamu menghina ciptaan ALLAH.
Belum tentu kelebihan yang ada pada dia, kamu pun ada. Jangan pandang orang sebelah mata. Belajar menghargai Manusia lain walaupun semiskin mana pun dia, sehina mana pun dia, kerana kamu pun manusia hina di mata ALLAH.
Apabila kamu berilmu, kamu menjadi orang kaya, menjadi kebanggaan Manusia, kamu boleh bermegah sombong melata???... Tahukah kamu?
"Tidak disediakan syurga bagi orang yang mempunyai rasa sombong di dalam hatinya walaupun sebesar zarah"
p/s: Jangan sesekali menilai produk orang lain hasilkan tidak bagus, tidak menjadi, tidak ada jualan, setiap perkara yang ALLAH jadikan bukan dengan sia-sia...kitalah perlu berusaha meperbaikinya supaya menjadi dan berjaya.
HIDUP INI bukan MUDAH. Hendak makan nasi pun kita perlu membasuh beras terlebih dahulu, menyukat airnya, kemudian letak atas api, tunggu sehingga masak, kemudian hidangkan dalam pinggan, kemudian baru suapkan ke mulut menggunakan tangan, perlu dikunyah dahulu baru boleh telan..payah bukan?? (saya hendak beritahu bahawa, setiap sesuatu ada proses yang perlu dilalui).
Hidup ini seperti roda, kamu sekarang berada di atas, dalam sekelip mata pun kamu boleh berada di bawah. Jadilah manusia yang selalu waspada dengan cara menjaga hubungan sesama MAKHLUKdan ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment