Monday, September 08, 2014

Renungan...




Apabila kita mempunyai seseorang yang istimewa kita haruslah menyayanginya kerana ALLAH supaya hubungan yang terjalin mendapat keredhaan dari ALLAH Ta'ala.

KETIKA CINTA TAK BERJODOH

-Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.


-Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita.

-Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.

-Segala perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.

-Percaya lah pada kebesaran NYA. Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.

-Jangan pernah anggap putus cinta dengan yang kita harapkan sebagai hukuman dari ALLAH.

-Percayalah, ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa pasti ada hikmahnya.

-ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman:

"Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al Anfal: 63). 
BercintaSelepasNikah 

Tembakan ini untuk kaum Adam :

Katanya mahu jadi soleh, berubah.
Namun masih stalker perempuan comel,
like dan komen melayan macam dia diminati.

Mahunya berubah, tak mahu bermain perasaan,
tetapi meluah hati ke hati dengan kenalan,
kenalan yang konon memahami, tetapi
sekadar buat melayan waktu sunyi. Peliknya,
kena mesti yang bukan dari kaumnya sendiri.

Maaf, ini memang utk kita sama-sama terasa dan
berhenti mengada-ngada, matang sebagai lelaki soleh bukan
lelaki toleh.

PESAN ABAH .. ;)

Abah selalu pesan,

Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita.

Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia,
Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya,
Seluka mana kita dikhianati manusia.

Abah kata, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita.

Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar,ini ujian untukmu”

Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita.

Saiz saja sudah tidak sama.

..

Lalu abah kata,

Setiap detik yang kita rasa hilang,
Rasa seperti seolah jiwa terbang,

Ingati tuhan.

Kerna,cuma yang mengingati tuhan akan dibalas dengan sayang.

Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba,
Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia.

Ingat,manusia tak selalu ada untuk kita.
Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta.

Tapi tuhan,
Sempurna sifatNya pada setianya Dia.

Luahkan pada Allah,
Luahkan pada Allah,

Dan tetap meluah pada Allah.

Iya memang,Dia Maha Mendengar.
Tak perlu luah pun takpe.

Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya?

Jangan ego didepan tuhan.

Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.

..

Moga kita,tuhan jagai hati hatinya.

Mutiara Kata


“Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.”

ISTIKHARAH MEMOHON KEREDHAAN-NYA

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata,
“Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.
Semoga Tuhan memberikan jawapan itu pada hati kita untuk merasa.
Setelah Solat Istikharah dilakukan, kita berharap keyakinan untuk melakukan keputusan tanpa perlu menanti petanda dariNya. Apa yang terjadi selepas itu pasti ada hikmah, samada berbentuk nikmat atau ujian. Bersangka baik sesuatu pilihan, selagi pilihan itu berada di jalanNya, dengan berlandaskan iman, bukan nafsu yang membuak-buak.
Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya al Azkaar, ” Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut.”
Apa sahaja pilihan yang dibuat, redha dengan ketentuannya. Kerana ketentuan itu adalah petunjuk dariNya juga. Firman Allah “..Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak”(Al-Baqarah : 216)
AKHIR KALAM
Allah taala adalah tempat kita mengadu. Dialah segala-galanya. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.
Wallahualam.

Wednesday, September 03, 2014

Assalammualaikum dan selamat pagi semua!!! Semoga sentiasa ceria tau...Jangan sedih2, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yang penting kita kena sentiasa sabar dan tawakal kepada yang Maha Esa. Semangat! Semangat!



"When one door of happiness closes, another opens; but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has bee opened for us. " ~ Helen Keller

Solat Malam (Tahajud)





Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan ALLAH sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

03/09/2014




Bila emosi tercalar, minda selalunya turut tersasar. 
Bertenang...! 
Sematkan dalam fikiran, setiap yg berlaku adalah dengan izin-Nya. 
Pasti ada hikmah di sebalik musibah andai benar2 redha dan pasrah. 
Berzikir... ingati Dia! 
Bahagia akan hadir biar diri disingkir manusia kerana ...
Dia tak pernah meminggirkan hamba-Nya...(",)

Thursday, August 28, 2014

Pengertian Hasbunallah Wani'mal Wakil

SAAT kita dihimpit masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau dzikir:

 “Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

Artrinya: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Makna Hasbunallah Wani'mal Wakil
Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya. Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits.

 “(Yaitu) orang-orang (yang menta’ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan:”Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “HasbunalLâh Wani’mal-Wakîl”, Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”. (QS. 3:173).

“Dan jika mereka berpaling, maka ketahuilah bahwasanya Allah Pelindungmu. Dia adalah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong [Ni'mal-Mawla Wani'man-Nashîr]“. (QS. 8:40).

"Nabi Saw datang pada hari Perang Uhud, lalu ada yang berkata, 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang-orang (kafir) telah mengumpulkan pasukan untuk menyerangmu, maka takutlah kepada mereka!' Lalu beliau Saw mengucapkan 'Hasbunallah wani'mal wakil, kemudian Allah menurunkann ayat: "Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka," maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab, "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (HR. Bukhari).

Setiap Muslim harus mengamalkan doa atau dzikir tersebut. Selain sebagai perwujudan sikap tauhid (mengesakan Allah), juga menegaskan keimanan bahwa Allah Maha Berkuasa segala sesuatu dan kita yakin akan kekuasaan-Nya yang bisa melindungi kita dari segala keburukan. Wallahu a’lam.*

Monday, August 25, 2014

Hikmah Di Sebalik Kejadian .. ;)

Hidup kita bukan pentas drama yg berpandukan olahan skrip semata2. 

Benarlah segalanya kehendak takdir namun ingatlah:
 "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri” - surah ar-Ra’du ayat 11. 

Nak bahagia? Nak ceria? Usahakannya tanpa bergantung kepada orang lain. 
Bahagia hidup bukan dengan cinta manusia, bukan dengan limpahan harta tapi bahagia sejati wujud jika betul2 percayai hikmah di sebalik setiap takdir Ilahi...(",)

Wednesday, August 13, 2014

**Kawin itu mudah kalau kita mudahkan!**


1/3/2014 tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku dtg dekat dia, depan tetamu semua dia tanya "mu nak nikah tak harini?" suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? haha. ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku , dia tanya "ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?" ustaz tu cuma jawap " boleh, memang sah, tapi x pernah orang buat" ayah aku jawap "orang tak buat biar saya buat" dan paling best family mertua aku semua sokong,

ALHAMDULILLAH dapat keluarga mertua yang terbuka juga, dan kebetulan suami aku memang simpan dinar emas dalam dompet, dia keluarkan jadikan mas kawin, dan ayah aku la yg jd tok kadi, dialah yang bagi khutbah nikah, dialah yang akadkan nikah aku mudah tak nak halalkan hubungan? mudah sangat kalau kita mudahkan. inilah kisah bertunang sesaat ayah aku nikahkan pun cuma nak bagi aku dating secara halal, sebab dia tahu anak dia ni tak baik mana, takut seludup keluar dating berdua, Ya! ada yang cakap dan hina kata ayah aku gelojoh, ada jugak yang RESPECT dengan tindakan gelojoh ayah aku,

10/5/2014 alhamdulillah,aku dah selamat nikah mengikut cara rasmi di malaysia, memang tak perlu pun rasmi tu,tapi dah kita hidup dalam negara macam ni, kita ikutlah, sempoi tak baju nikah aku pertama aku?, suami aku dengan kemeja, aku dengan kurung moden jeee .. inilah kisah yang aku akan simpan untuk cerita dekat anak-anak dan cucu cicit kalau umur panjang, kisah tak berapa menarik tapi sedikit RARE lah kot, insyaALLAH, cerita ni bukan untuk riak atau bangga, tapi untuk mengubah minda kita yang dijajah, nak kawin susah, susah susah, jadi berzina itu jadi mudah!

*update: 10/5/2014 nikah rasmi itu ialah saya nikah semula dimana lengkap dengan cop imam, surat pej agama,hiv test dan krusus kawin dan lain2 bagi memenuhi prosedure perkahwinan di malaysia

via ~ Mira Pak Nasi

p/s:
Islam itu mudah..jgn kite susahkan..tpi jgn pula kite ambil mudah..nice story....

Monday, June 30, 2014

SALAM RAMADHAN 1435H

Semoga 1 bulan mendatang penuh rahmat, 4 minggu dengan keimanan,

30 hari mendapat keberkatan, 720 kasih dan sayang, dan 43200 saat kesabaran..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK :)





Tuesday, June 17, 2014

DOA & IMPIAN SETIAP WANITA :-


Ya Allah..
Kurniakanlah kami seorang suami yang soleh,
Yang menjaga hatinya hanya untuk yang halal baginya,
Yang sentiasa memperbaiki dirinya,
Yang sentiasa berusaha mengikuti sunnah Rasulullah..
Yang baik akhlaknya,
Yang menerima kami apa seadanya,
Yang membimbing kami dengan lemah lembut,
Yang akan membawa kami menuju JannahMu Ya Rabb.
Kabulkan, Ya Allah.. Amin...

Wednesday, May 21, 2014

PUTUS ASA


Sabarlah,
Mungkin belum tiba masanya untuk kita dapatkannya
Mungkin kita perlukan sedikit usaha lagi

Mungkin adalah lebih baik untuk apa yang kita nak lewat sedikit
Kita tak tahu kan apa yang Allah aturkan untuk kita
Mungkin Allah nak kita betul-betul kuat dulu
Mungkin Allah nak kita betul-betul bersedia dulu

Mungkin setelah Allah tahu kita layak untuk dapatkannya barulah Allah izinkan kita untuk dapatkannya?
Allah kan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita
Yakinlah,

C.I.N.T.A

Mencintai seseorang kerana Allah bila kita mencintainya dan 'sebabnya' kerana Allah.
Kita 'mencintainya' kerana agamanya. Bila kita mencintai si dia kerana Allah, sudah tentu kita buat apa yang Allah suka & jauhi apa yang Allah larang. Kita mencintai si dia bukan kerana sebab-sebab yang rapuh seperti sebab dia cantik, pandai atau hebat.
Sedangkan Allah mempunyai segala sebab yang melayakkan Dia menjadi sebab yang utama & nombor satu. Tertipulah orang yang 'mencintai kerana Allah' sedangkan pada hakikatnya dia mencintai seseorang itu atas 'sebab' yang tidak abadi.
Sabda Rasulullah, "Sesiapa yang ingin merasakan kemanisan iman, hendaklah ia mencintai seseorang, tiada mencintainya melainkan kerana Allah."

Cinta mengajar diri ini erti sebuah kehidupan,mematangkan pemikiran dan menebalkan benteng kesabaran.Kejujuran dan kesetiaan adalah tiang sebuah percintaan dan iman adalah penyelamat cinta nan suci….Cinta terlalu indah hinggakan tiada sebaris ungkapan yang dapat mentafsirkannya…. Disaat ini mungkinkah Dugaaan DariNYA mula bertandang untuk menguji setenguh mana dan sekuat mana benteng yang dipertaruhkan. CINTA kau sesuatu yang begitu suci…

Wednesday, March 12, 2014

>>> Sulitnya Melupakan Seseorang

Betapa sulit melupakan seseorang yang pernah mengisi hati. siapapun mungkin pernah mengalaminya, karna perasaan seperti ini banyak yang merasakannya. Bukan hal yang tabu ketika kalian membicarakannya agar bisa mengolah rasa itu menjadi rasa yang tidak menimbulkan kegetiran dalam menjalankan hidup.
Rasa cinta memang fitrah, tapi keadaan lah yang merubah fitrah itu... menjadi se
buah fitnah. Keinginan untuk dicintai dan mencintai menjadi tombak seseorang untuk merasakan cinta yang belum halal.
Melupakan orang yang pernah di cintai memang bukan perkara mudah, bukan hanya orang yang melaksanakan ‘pacaran’ saja yang pernah merasakan hal ini. Tapi bagi orang yang tak pernah merasakan pacaran bahkan tak pernah mengungkapkan isi hatinya pun merasakan hal ini. Ini lah bukti bahwa cinta yang fitrah bisa menjadi fitnah yang nyata bila tak diolah dengan bijak.
Sadarilah bahwa kalian sedang melangkah untuk menjadi lebih baik.Sudah seharusnya ketika si ‘dia’ tak bisa di miliki, dia sudah menjadi bagian masa lalu mu. Kalo memang sulit untuk melupakannya, tak perlulah tiba-tiba harus dilupakan. Tapi biarlah si dia menjadi pengingat mu bahwa masih ada cinta sejati yang menunggumu didepan,karna kalian bukan menanti masa lalu.
Si dia dengan kehidupannya dan kamu dengan kehidupanmu, ini lah yang harus di tekankan dalam perjalanan hidupmu. Toh ketika kamu berusaha keras melupakan si dia, dia justru sedang asyik melenggang tanpa memikirkanmu. Lantas siapa yang merugi kalo seperti ini.Rasa sakit karna ternyata dia gak memilihmu untuk menjadi pemberhentian terakhir , bukan berarti menjadikanmu lupa bahwa Tuhan selalu ada disampingmu.
Apalagi bagi yang ingin melupakan si dia karna pernah melegalkan aktivitas pacaran. Justru Tuhan sangat sayang padamu,Dia bebaskan kamu dari aktivitas maksiat. Harusnya kalian bangga dan senang Tuhan masih perhatian padamu. Kalian dituntun untuk menjadi orang yang lebih baik lagi, dengan cinta yang diberikanNya. Dari sini lah kamu harus bersadar diri,bahwa melupakan mantan kekasih yang tak pernah halal bagimu adalah sebuah kebangkitan. Bangkit dari keterpurukan maksiat yang pernah kamu lakukan dan bangkit untuk memperjuangkannya.
Anggaplah cinta pada mantan kekasihmu yang masih tersimpan sampai saat ini adalah bagian dari pengingatmu akan masa lalu,agar kalian tak pernah mengulanginya lagi.Sungguh merugilah bagi orang yang dituntun menjadi lebih baik,namun dia kembali mengikuti alur masa lalunya.
Sedangkan bagi yang tak pernah pacaran, tapi pernah merasakan jatuh cinta yang sangat pada si dia. Namun dia tak menambatkan hatinya padamu, dan memilih menambatkan hatinya pada orang lain. antum mungkin merasakan sakit yang lebih dahsyat, karna tak pernah mengungkapkan rasa cintamu. Disebabkan ingin menjaga hati dan perasaanmu juga dia.
Masalah hati ini memang tak bisa dipecahkan secara rasional, karna sekali lagi ini masalah perasaan yang hanya kamu lah yang tahu seberapa besar dan seberapa dahsyat. Namun harus ada keberanian yang kuat untuk melupakannya, sangat disayangkan penjagaanmu terhadap perasaan harus tercoreng karna cinta yang tak pernah dihalalkan. Ibarat minum obat, kamu harus berani minum obat yang pahit sekalipun agar kamu segera sembuh dari sakitmu.
Yang perlu kamu selalu ingat dan tekankan pada hatimu adalah kelak akan ada orang yang lebih berhak untuk mendapat cinta sejatimu dari pada orang yang sekarang ini tak mampu di lupakan. Tak mungkin juga kamu akan lebih mencintai si dia yang tak halal bagimu daripada orang yang telah halal bagimu, hal ini harus segera ditegaskan dalam hatimu. Bahwa kelak
ada orang yang patut kamu cintai...jodohmu yang HALAL..

"10 Tanda Dia Jodoh Kita"


Jodoh adalah perkara yang sudah Ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui Dia memang Ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengaruniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat Dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya untuk mengungkapkan rahsaia cinta yang Ditakdirkan. Dua manusia yang merasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual Dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, Dialah insan yang Ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang Diperkatakan?
Berikut adalah pertanda yang menunjukkan Dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap sahaja Dan tidak bersandiwara. Coba perhatikan cara Dia berpakaian, cara berucap, cara ketawa serta cara makan Dan minum. Adakah ia spontan Dan tidak canggung atau kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang enak Dengan gayanya,pasti dia hanya bersandiwara. Kadang-kadang, kita Dapat merasa yang Dia sedang berpura². Tetapi, apabila Dia tampil bersahaja Dan tidak Dibuat-buat, maka Dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, Dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada Diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira Dan Dia menjadi pengobat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan Dan rasa ingin berjumpa Dengannya. Tidak siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, Dia tidak ambil peduli. Mungkin Dia tahu perpisahan Dengan bekas kekasihnya sebelum ini. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun Dia tahu kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, Dia tidak ambil hati langsung. Yang Dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia melupakan kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahasia apabila Dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak marah dengan apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum agama. Sikap jujur yang Dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh sandiwarakan. Kita Dapat merasakan sesuatu apabila Dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta Di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila Dia tidak jujur, sukar baginya mengelak Dari perlaku curang kepada kita. Apabila Dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang Disulami Dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, Dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Ada kalanya rahasia ini perlu lupakan supaya Dapat mengurangi beban yang Ditanggung. Apabila kita mempunyai rahasia Dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahasia kita aman Di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul Dari Dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahasia-rahasia kepada kekasihnya dibanding dengan teman² yang lain. Satu lagi, kita tidak berahasia apa pun kepadanya Dan pasti rahasia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan Dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya Dan kekal Dalam jangka masa yang panjang, kita Dan Dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita Dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara baik perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang Dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan Dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita Dan Dia Dapat melalui semua ini Dengan melakukannya bersama-sama. Kita Dan Dia juga Dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain Dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting karena ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa depan. Jika tiada kerjasama, sulit bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus persen. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami Diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, Dia pasti memahami Diri pasangannya. Semasa kita sakit Dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, Dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, Dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berkisah, Dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita Dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, Dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia menjalani pasang surut Dalam percintaan. Apabila Dia senantiasa bersama kita melalui hidup ini Di kala suka Dan Duka, Di saat senang Dan susah, Dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tidak ada siapapun yang sempurna Di Dunia ini. dusta jika ada orang yang mengaku Dia insan yang sempurna Dari segala segala sudut. Pasti Di kalangan kita memiliki kelemahan Dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, Dia tidak terlalu menyimpan rahasia kelemahannya Dan bersedia memberitahu kita. Apabila kita Dan Dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang Ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikaruniakan Allah Indera keenam yang Dapat mengetahui Dan memahami perasaan pasangannya. Dengan rasa batin ini juga kita Dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi nya. Apabila kita yakin Dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahkanlah segala ketentuannya pada maha kuasa.
10. Solat Istikharah Dan Tawakkal
Jodoh Dan pertemuan semuanya Di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang Di pentas Dunia ini Dan skripnya Ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, Dalam memainkan peranan sebagai pelakon, Diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan Sholat Istikharah dan memohon supaya Allah SWT memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izin-NYA kita mendapat petunjuk-NYA. Jika Dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di Dunia. Setelah semuanya Diusahakan, berserahlah kepada-NYA dan terus berdoa.

Wednesday, March 05, 2014

De Meises - Dengarlah Bintang Hatiku [lirik] (+playlist)

D'Bagindas - C.I.N.T.A





Berapa kali
ku harus katakan cinta
berapa lama
ku harus menunggumu

Diujung gelisah ini aku
tak sedetikpun tak ingat kamu
namun dirimu masih begitu
acuhkanku tak mau tahu

(*)
Luka, luka, luka
yang kurasakan
bertubi, tubi, tubi
engkau berikan
cinta ku bertepuk sebelah tangan
tapi aku balas senyum keindahan

Reff :
Bertahan satu cinta,
bertahan satu C.I.N.T.A
bertahan satu cinta,
bertahan satu C.I.N.T.A

Pernahkah engkau
sejenak mengingat aku,
pernahkah ingat
walau seperti angin berlalu

Disetiap malam kini aku
tak sedetikpun tak ingat kamu
namun dirimu masih begitu
acuhkanku, tak mau tahu

Monday, March 03, 2014

PAPINKA - MASIH MENCINTAINYA

#RDS#

Masih Mencintainya: Papinka

Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
wooo wooo

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Setelah Kau Tiada

Tak sempat ku mengertiKau tunjukan arah saat ku tersesatBeri cahaya saat ku sendiri dalam gelapNamun waktu tak pernah rela menungguHingga akhirnya kau pun pergi
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Baru ku teringat kau hembuskan anginSaat ku bernafas siramkan air saat aku dalam kekeringanNamun tak pernah aku hiraukan semuanyaHingga kini pun kau tiada
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Biarkan ku hidup dalam penyesalan iniSampai nanti kau akan kembali
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Terlambat ku sadari kau teramat berartiTerlambat tuk kembali dan tuk menantiKesempatan kedua yang tak kan mungkin pernah ada
Yang tak kan mungkin pernah ada

Thursday, February 27, 2014

R. D. S.

Saat hati ini rindu..
Saat hati ini rindu, tak ada yang dapat mengiburnya..
Tak ada yang dapat mendengarnya..
Tak ada yang mencoba memahaminya..

Disini..
Di tengah penantian ini..
Di antara rindu dan sepi ini..
Ku coba buka cerita-cerita lamaku..
cerita disaat kau di sisiku..

Dulu . .
Dulu kau selalu ada di dekatku..
menemani hari-hariku..
dan menjadikan semua terasa indah..

Namun. .
Sekarang kau pergi jauh dariku..
jauh dari mataku..
bahkan tak kunjung kembali menemuiku..

Sembilan bulan sudah kau meninggalkanku..
meninggalkan di penantian yang tak berujung ini..
tidak kah engkau sadar,
betapa hati ini merindukanmu..
betapa jiwa ini menginginkan hadirmu..

Sayang..
Kapan kah engkau datang ?
Kapan engkau kembali ?
Kapan engkau kan menemuiku ?
Aku selalu menunggumu..
Aku merindukanmu..
Aku mencintaimu..
Dulu, sekarang, hingga nanti..
I will always love you..
I will always miss you..

Wednesday, February 26, 2014

AKU SEDAR

AKU SADAR 

Aku sadar.. Bahwa terlalu merindukan kehadiranmu adalah suatu kesalahan bagiku

Aku sadar.. Bahwa Terlalu mencintaimu adalah suatu kesalahan besar bagiku

Aku sadar.. Bahwa Terlalu menginginkanmu adalah Suatu kesalahan yang Fatal bagiku

Dan Kini aku Sadar.. Bahwa Terlalu berharap padamu adalah suatu kesalahan yang besar bagiku..

Untuk mu Sekarang...
Jika engkau mencintai seseorang.. Maka Cintailah sekedarnya saja

jika engkau merindukan seseorang..
Maka Rindukanlah sekedarnya saja..

Janganlah Terlalu berharap
Janganlah terlalu menginginkan

karena :
Jika Suatu saat Nanti engkau kehilangannya.. engkau tidak akan terlalu berat untuk melepaskannya..

Cintailah seseorang dengan kesedrhanaan
Rindukanlah seseorang dengan kesederhanaan

Jika suatu saat nanti kehilangan..

Maka LEPASKANLAH dia DENGAN PENUH KEIKHLASAN..

Monday, February 24, 2014

Masih Aku Cinta - Shila Amzah

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Caramu memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada

Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,’kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka

Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama
Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku

Shila Amzah - Masih Aku Cinta [OFFICIAL VIDEO]

IT'S ME ..

Aku tetap tertawa 
walau sebenarnya aku ingin menangis. 
Aku tetap tersenyum 
walau aku sebenarnya kecewa. 
Aku tetap kuat 
walau aku sebenarnya tidak sanggup lagi. 
Aku tetap semangat 
walau sebenar nya aku tertekan. 
Aku tetap sabar dan memandang semuanya baik 
walau hati ku lemah dan sedang sakit.

Ya ALLAH, berilah aku kekuatan tuk mencapai redhaMU. Jadikanlah aku hambaMU yang sentiasa mendekatkan diri denganMU. Jauhkanlah aku, dari perkara yang bley menyebabkan aku terjerumus ke nerakaMU. Sesungguhny aku xlayak ke syurgaMU tetapi tidak ku mampu menahan azab api nerakaMU. Aamiin...

::Hidup ini indah jika kita bersyukur kepadaNYA.::

Sunday, February 23, 2014

BIARLAH

Biarlah kita di kecewakan - asal kita jangan mengecewakan
Biarlah kita di sakiti - asal kita jangan menyakiti
Biarlah kita di khianati - asal kita jangan mengkhianati
Biarlah kita di bohongi - asal kita jangan membohongi
Biarlah kita di dzalimi - asal kita jangan menzalimi
Biarlah kita benci - asal kita jangan membenci
.
BIARLAH KITA MENERIMA KEPAHITAN,
ASAL KITA TIDAK MEMBERIKAN KEPAHITAN.