Boleh ke kita dapat redha Allah, tapi kita tak redha dengan takdir Allah ? Kita suka yg kita suka aje, yg separuh lagi kita tidak nak terima. Cuba fikir boleh ke putih itu nampak kalau tak ada warna hitam yg membelakangi warna putih. Jadilah manusia yang sentiasa berfikir.. Allah Maha bijaksana dalam penciptaanNya.
Setiap pencipataan ada berpasangan, bukan kerana nak menunjukkan yg satu lebih baik dari yang satu lagi,, umpama malam dan siang, panas dan sejuk, sakit dan sihat, lelaki dan wanita, hidup dan mati, langit dan
bumi, bulan dan matahari. Oleh itu lihatlah keduanya sebagai satu yang saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Ambil contoh siang dan malam, kalau kita melihat dari angkasa, siang dan malam tu masih wujud perbezaan ke? Boleh kenal ke mana siang dan mana malam.....
No comments:
Post a Comment