Semakin hari semakin banyak halangan dan dugaan dalam hubungan kami.. pengakhiran macam mana pun aku tak tahu.. hanya Dia Yang Maha Mengetahui.. walaupun dugaan, ujian, halangan dan rintangan yang melanda, aku dan dirimu tetap sama seperti dahulu. tiada yang terpisah antara kami. aku x perlu nk merayu menagih simpati sesama manusia, kerna aku tahu, mengadu dan berharap dengan Allah itu yang terbaik.. aku tahu, dengan status aku skrg ramai yang dengki dan iri hati serta sakit hati, tapi apakan daya aku sebagai insan yang lemah, aku hanya berserah dengan takdir Allah swt.. siapa kita nk lawan takdir Allah?? terima lah hakikat seadanya.. aku selalu ingat.. Kalau Dah Memang Jodoh Tak Kan Ke Mana.. sekuat mana pun aku dan dirinya, andai Allah tak redha hubungan kami, akan terputus jua..
Seperti juga dengan diri kamu wahai perempuan.. sekuat mana pun kamu kawal pergerakan dia, andai dia bukan jodohmu, akan berakhir jua.. kita sama2 mengingati antara sesama kita .. sepatutnya kita menilai diri kita sendiri, bukan mencari aib @ kesalahan orang lain.. aku x pernah berbicara sebegini sesama kaum, tetapi dengan kamu aku rasa aku terpaksa bersuara.. kamu anggap aku seperti tiada hati dan perasaan. sebelum berkata2 fikir dulu kesan di sebalik percakapan mu itu. aku nasihat utk kamu pd ms yg sm aku ingatkan diri aku jua.. hidup kita di dunia ini hanya sementara sahaja dik.. cukup lah nk cari kesalahan orang lain sedang kan kesalahan diri sendiri pun belum selesai..
Kita hanya mampu menjadi perancang tetapi rancangan Allah sebaik-baiknya rancangan. Allahualam. Hidup jangan seperti mendaki gunung tapi separuh jalan, melihat lautan hanya pada permukaan. Tapi jadilah manusia yang mendaki gunung hingga ke atas kerana pandangannya Ya Allah indahnya ciptaan-Nya. Begitu juga lautan, bila kita masuk ke dasarnya, Ya Allah…Begitulah rencah kehidupan hanya dipandang tanpa penghayatan sama dengan hidup tanpa pedoman! fikirkan…
No comments:
Post a Comment