Monday, December 02, 2013

PENGORBANAN ITU PERLU


kadang2 pengorbanan itu perlu walaupun pahit mencabari hati dan perasaan...namun seandainya itu dituntut oleh agama maka, kita jadi perlu mematuhinya walaupun jiwa sakit...


apa lagi aku sebagai seorang yg ditakdirkan wajib melakukan pengorbanan itu....tiada alasan mahupun jawapan....yang pasti tiada pilihan dan itu semua memang arahan azali pencipta....

kebaikan dari pengorbanan itu pasti membawa kesan kepada kita dikemudian hari...

sesungguhnya aku telah banyak menyalahi keperluan pengorbanan itu...

aku janji untuk berusaha untuk berubah dan menjadi yang lebih baik....

berusaha untuk menguatkan hati dan perasaan agar diam dan mendengar serta menerima seikhlas hati walaupun hati dan jiwaku pahit dan tercabar dek kerana kelemahan diri yang tidak pernah mahu tewas kepada satu-satunya manusia yang berkuasa ke atas ku ...

sentiasa ingin dipandang kuat dan mempertahankan yang hak walau kepada yang dikurniakan kuasa meredhai itu, segalanya tetap dia...selagi kuasa itu tidak menyalahi pencipta....

demi kerana mengharapkan keampunan, keberkatan dan keredhaannya....

aku akan kuatkan hati dan jiwa untuk lebih redha dan menerima...
lebih diam dan mendengari malah 
lebih sabar dan tenang melayani....
lebih ikhlas dan tawakal...

semoga aku diampuni atas dosa yang mencemar diri........serious insaf....

No comments:

Post a Comment