Orang kuat terasa sebaiknya jangan ada account di media sosial. Itu pada hemat dan pendapat saya.
Kerana nanti semua tulisan orang, akan dirasakan tertuju kepada dirinya.
Kalau terasa aja tak mengapa lagi. Simpan dalam hati muhasabah diri sendiri. Tetapi orang kuat terasa biasanya akan meroyan di medan sosial ini, cuba sedaya upaya menembak pula orang yang dirasakan telah menembaknya(tapi tak tembak dia pun sebenarnya). Kemudian nanti ada yang sampai meleret gaduh hingga ke alam realiti.
Mesej inbox tanya perkara sebenar tak nak. Komen tanya di status terus tak mahu. Buat assumption sendiri(rasa dirinya yang sedang kena tembak), kemudian buat kecoh tak tentu fasal. Kemudian mula la ungkit benda tak ada kena mengena, mula berdendam dan sebagainya.
Bila banyak benda dah bertindih-tindih, berselirat, akibat tindakan berpandukan emosi yang amat ini, baru periksa semula. Oh, rupanya fulan tak tembak aku pun. Aku terasa lebih. (Itupun kira bagus kalau ada kesedaran nak check semula)
Masa tu malu dah nak minta maaf dan mengaku salah.
Sebab nak minta maaf pun dah susah. Benda simple(tak ada kena mengena) asalnya, jadi isu sebab kita terasa, lepas tu sana sini pelbagai pihak lain masuk campur, jadi berbelit-belit. Akhirnya kalau nak minta maaf, kena mengaku kat facebook sendiri terang-terang - aku yang cepat terasa dulu. Aku yang mula semua ni. Semua yang korang sangka fasal si fulan berdasarkan status aku, dah salah. Aku minta maaf.
Macam dah bogelkan diri sendiri. Tak mengapa lagi kalau berani buat begitu, masih ada maruah. Ada orang, lepas dah kecoh di medan sosial, ramai dah baca, minta maafnya belakang-belakang. Okaylah juga, paling kurang minta maaf. Tapi ada yang tak sedar diri, teruskan lagi.
Lebih malu bila fulan yang kena dengan kita sampai terpaksa londehkan wajah kita yang sebenar. Menunjukkan kitalah punca utama semua itu berlaku. Orang ramai jadi tahu kita salah dalam keadaan amat mengaibkan. Masa tu jenuh nak delete status la, nak buat account baru la, nak kata kita pula diaibkan dan sebagainya. Kalau masih ada kesedaran mengaku salah waktu tu boleh tahan lagi. Tapi paling pening kalau kita kuat emosi ni teruskan lagi dan lagi.
Orang kuat terasa sebaiknya untuk keharmonian sejagat, padam la account media sosial. Berkawan bertahun-tahun belum mampu jadi penentu orang kuat terasa akan bertahan dengan status sahabat dia di alam maya ni yang terkena dirinya(walaupun sahabat tu tak cakap fasal dia sebenarnya).
Ini(medan sosial alam maya ni) tempat ada ramai orang. Kemugkinan kawan kita update status tu cakap fasal orang lain. Kemungkinan juga kawan kita update status tu tak ada niat tembak sesiapa, hanya bincangkan satu isu umum(contoh: isu usrah). Kita pula terasa lebih(ingat kawan kita tengah tembak usrah kita). Susah tu kuat terasa.
Muhasabah diri.
Biar tak ada Twitter FB,
asal jangan tambah masalah pada orang lain,
dan diri sendiri.
Medan sosial sekarang memang jadi tempat orang ramai luah perasaan, luah idea, kritik, tapi tak semestinya semua itu berkenaan kita.
Status ni pun bukan untuk anda(pembaca status ini) secara individu.
Hanya membicarakan isu umum yang memang berlaku.
Anda sebagai pembaca status ini tidak perlu terasa dan rasa saya tengah cakap fasal diri anda directly.
Tapi kalau pada diri kita ada sikap sebegini,
bolehlah kita(saya dan anda),
ambil masa muhasabah diri.
Semoga ini status yang bermanfaat.
Ke arah netizen yang lebih harmoni,
Mari Menjadi Hamba!
---------
layari http://langitilahi.com/
website pembangunan rohani dan minda anda.

# pesanan utk diri saya supaya x mudah perasan & bersangka buruk pada status org lain...lebih teruk bila sesetengah individu menunding jari mengatakan sestgh status adlah provokasi trhdp mereka...mungkin takut pada bayang2 sendiri lalu terjadinya sikap2 ini! #
No comments:
Post a Comment