Umpama siang tanpa
sinar mentari
Umpama malam tiada
cahaya bulan
Bagaikan pantsi tiada
berombak
Bagaikan hari ini tiada
esok lagi
Hadirmu bukannya mimpi
Wajahmu secantik bidadari
Senyummu meresap sanubari
Tawamu menyulam riang
Suaramu bergema di buana
Andai hadirmu
menghadiah cinta
setulus jiwaku rela terima
Andai rindumu
memburu asmara
seluhur rasaku rebah bersama
Biar bahagia menyuluh jalan
penuh berliku berduri tajam
untuk kita menuju syurga
syurga indah cinta abadi
Tiada mahu terpisah lagi
tiada lagi rindu merindui
kita satukan suci dua hati
menjadi tanda abadi cinta
Hadirmu seribu erti
Siapalah aku tanpa dirimu...
No comments:
Post a Comment