Monday, November 18, 2013

MARAH

"JANGAN SUKA MARAH" Bila kita dimarahi, jangan sekali-kali kita balas kembali dengan kemarahan juga kerana ia akan lebih memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang. 

Redakan kemarahan dengan istighfar, solawat & zikir (lagi bagus ambil wudhu' & berpindah tempat) & fikirkan apa solusi yang terbaik. 

InshaaAllah jika kita serius fikirkan solusi, keadaan yang tegang kembali tenang & jalan penyelesaian akan terbentang. Satu lagi, jaga niat & ingat Allah sentiasa dalam apa jua keadaan.

Seorang sahabat berkata kepada Nabi s.a.w: " Wahai Rasulullah, berpesanlah kepadaku" Nabi s.a.w berpesan, "Jangan suka marah." Sahabat itu bertanya berulang-ulang dan Nabi s.a.w tetap berulangkali berpesan "Jangan suka marah." (HR.Bukhari)

Jangan kita terperangkap dalam situasi marah kerana ia adalah perangkap maut syaitan laknatullah!

No comments:

Post a Comment