"..Mengapa terjadi perpisahan dengan seseorang yang kita sayang? Sebabnya ALLAH mahu menguatkan kembali hati kita. Kita tak sedar hati jadi lemah dan sakit sepanjang kita bercinta tanpa ikatan yang halal...."
Allah mengujiNya dengan mencampakkan rasa cinta kepada lelaki yang belum halal baginya. Lalu, dia bermujahadah mengawal hati & perasaannya itu dengan mendekatkan diri kepada ALLAH (kerana dia belum mampu untuk bernikah & mahu mengelakkan terjebak dalam 'couple').
Jadi, apabila dia dikecewakan oleh cinta manusia yang tidak kesampaian, ALLAH telah merawat hatinya dengan cintanya kepada ALLAH yang selama ini tidak bertepian.
Cantik kan ketentuan ALLAH?
No comments:
Post a Comment