Tuesday, June 23, 2015

Kesukaran di sebalik kehidupan

Akui sahaja hidup ini adalah sukar..

Kadang-kadang, boleh jadi sangat-sangat sukar. Kadangkala kita rasa hidup ini semacam tidak adil.
Hidup ini adalah misteri. Kesakitan dan kekecewaan selalu datang silih berganti, namun…
…kesakitan dan penolakan adalah ubat yang bagus; ia mengajar kita untuk menolak hubungan dan peluang yang tidak mungkin akan kekal, jadi membuka peluang untuk kita untuk bertemu yang orang betul-betul sesuai untuk kita.
Dengan kesakitan, datangnya kehidupan baru.
Dengan kesakitan, datangnya peluang baru.
Dengan kesakitan, kita membesar menjadi lebih matang.
Dengan kesakitan, akan datangnya penyembuhan.
Ditolak tidak melambangkan bahawa kita seorang yang tidak cukup baik, tetapi ia hanya bermakna bahawa orang lain gagal untuk memahami apa yang kita dapat tawarkan. Ia membolehkan kita memperbaiki diri dan meneroka peluang-peluang lain yang ada.
Adakah kita akan terasa pahit? Sudah pasti.
Rasa terluka? Semestinya, kita adalah manusia biasa.
Malah kita mungkin terluka berkali-kali. Tiada satu jiwa diatas dunia ini yang tidak akan merasa patah hati selepas ditolak.
Mungkin pada permulaannya akan timbul pelbagai persoalan di minda yang membuatkan kita tertanya-tanya.. apakah salah kita, apa kekurangan kita, dan sebagainya lagi.
Secara jujurnya, jika ada seseorang tidak melayan anda dengan cara yang sepatutnya, periksa kembali harga diri anda.
Jangan habiskan masa kita untuk mendapat perhatian orang sebegini. Jika masih terhegeh ingin meraih perhatian darinya, andalah yang tidak menghormati diri sendiri.
Jika kita sendiri tidak menghargai dan tidak menghormati diri kita sendiri terlebih dahulu, bagaimana pula kita boleh mengharapkan orang lain akan respect kepada kita?
Saya tahu sukar untuk menerima kenyataan ini, tetapi cubalah fikir mengenainya..

No comments:

Post a Comment