Ada perkara dimana, kita harus berehat sejenak.
Menghirup udara segar, sambil memejamkan mata dan menikmati angin berdesir yang akan membuat beban kita seolah – olah terlepas.
Ada sahaja yang membuat perasaan kita gundah gulana, sedih, kecewa, marah dan sebagainya.
Lebih – lebih lagi bila kejenuhan hati sedang kita rasakan. Banyak orang yang memutuskan untuk “menghilang sejenak”.
Wanita memang memerlukan waktu-waktu tertentu untuk kita berehat sejenak. Menghindari dari segala kerumitan yang ada, yang tentu timbul dari sebuah perasaan.
Kalau sentiasa mengikuti kata perasaan, tentu yang diperolehi adalah kecewa dan sakit hati yang ada pada diri.
Padahal banyak yang dapat kita hargai dari dalam diri kita. Tanpa perlu mendapat penghargaan dari orang lain.
Percayalah bahawa keletihan, kepenatan, kelemahan, kesakitan dan sebagainya akan dapat kita lalui semuanya. Meskipun kadangkala semua itu harus kita lalui terlebih dahulu dengan beruraian air mata.
Tak mengapa, bukankah air mata dicipta untuk mengungkapkan sebuah rasa?
Kerana tidak hanya bahagia sahaja yang ada di dunia.
“Engkau tidak akan bahagia dengan hanya berpindah dari satu tempat ke tempat lain… Tetapi kembalilah pada rasa yang ada dalam dirimu agar engkau gembira.” [Syaikh ‘Aidh Al-Qarni]
“Kadangkala, bukan suasana yang harus diganti… Tetapi rasa di dalam hati yang perlu kita perbaiki“. [Tarbawi, 6 Mei 2010]
Kita perlu bijak mengawal perasaan kita, berfikiran logik, dan tidak gelabah dalam bertindak.
Apabila kita merasa harga diri kita hancur, ada baiknya untuk cuba bangkit kembali dan berusaha lebih untuk menghargai diri kita sebelum kita ingin dihargai orang lain.
No comments:
Post a Comment