Sunday, February 23, 2014

RINDU


Rindu. Apa itu rindu, dia pun tak tahu. Tapi yang dia tahu ada dua jenis rindu. Rindu yang pahit dan yang manis.

Rindu yang pahit itu ialah rindu yang, hurm, yang membawa ingatan kepada saat-saat manis bersama kekasih. Saat berjalan, berpegang tangan, melampiaskan kata-kata mesra dan manja. Kenapa pahit? Kerana rindu sebegitu, maaf cakap, boleh melalaikan. Lagha. Malah silap kalender boleh membawa kepada zina hati.

Rindu yang manis pula ialah rindu yang, tidak membawa kepada mengingati kepada pertemuan-pertemuan mesra, sebaliknya membawa kepada kesabaran dan ketabahan. Rindu kepada perkara yang belum terjadi. Rindu yang bahawasanya sabar menanti untuk suatu hari di masa akan datang, jika ditakdirkan Tuhan, insyaAllah pasti bertemu, berjodoh dan bersatu dengan cara yang halal. Maniskan. Rindu dalam diam. Rindu dalam doa.

Kerana rindu yang paling manis itu ialah ketika dua orang yang mengenali satu sama lain, tidak bertemu dan berhubung, namun dalam diam-diam saling mendoakan.

Ya Allah, peliharalah kami dari rindu yang melalaikan. terus berdoa. Yakinlah pada takdir Allah.

No comments:

Post a Comment