Sunday, February 23, 2014

~ JODOH ~

Biasanya pilihan cari jodoh dari kalangan sahabat, orang, keturunan, kesamatarafan yang baik-baik. Ibubapa telah mengetahui asal usul, agama dan perangai bakal calon cari jodoh dan keluarganya. Ibu dan ayah tidak mungkin sesekali akan menjodohkan kita dengan keluarga yang tidak baik asal usul keturunan dan pastinya mereka mencarikan kita jodoh yang baik agamanya.

Calon cari jodoh yang ditentukan oleh orang tua pastinya mendapat restu sepanjang hayat

Perkahwinan dengan restu keluarga ini haruslah bahagia hendaknya jika kedua-dua pasangan redha. Ingat, restu amatlah penting tapi keredhaan hati terhadap pasangan cari jodoh masing-masing lagilah penting. Sesiapa yang kahwin atas pilihan keluarga , sila redha ok.

Hubungan yang sedia terjalin antara kita dan pasangan cari jodoh pasti akan lebih erat lagi selepas berkahwin.

Kemesraan mudah terjalin. Pastinya ibu bapa akan lebih mesra dengan mertua kita dan kita juga pasti mudah untuk menyesuaikan diri bersama ipar duai.

Paling penting, terhindar dari segala perbuatan tak baik. Yelah calon cari jodoh tak sempat bercinta jadinya tak ada masa nak hangout berdua-duaan yang mana akan menggalakkan perkara mudarat. Tak ada masa nak layan jiwang tengok wayang dan sebagainya.

Bila kita pernah kecewa dengan kisah cinta lalu, keluarga akan berusaha untuk mengubati hati dengan cari jodoh dan memilih jodoh yang baik untuk pengganti pasangan kita. Terimalah seadanya, sekurang-kurangnya kita tak buang masa macam dulu lagi.

Bila cari jodoh dengan pilihan keluarga, kebiasaannya (tak kata semua) calon cari jodoh akan jadi rajin, baik, bersopan supaya keluarga akan mengatakan ‘ya, tak sia-sia aku pilih dia jadi menantu’. Masa tu janganlah berlakon. Be yourself ok

InsyaAllah, perkahwinan akan kekal hingga hujung nyawa dan terhindar daripada perkara yang tidak baik

Yang paling penting, semestinya BERCINTA SELEPAS AKAD ITU LEBIH INDAH. Sebab baru nak kenal, baru nak tau dia suka apa, tarikh lahir bila..dan macam2 lagi nak tahu tentang dia dengan jalan halal dan pahala. Jika dah bertahun-tahun couple, apa kejadahnya nak tanye tarikh lahir bila? hobi apa?suka makan apa??

No comments:

Post a Comment