Monday, September 08, 2014

ISTIKHARAH MEMOHON KEREDHAAN-NYA

Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata,
“Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.
Semoga Tuhan memberikan jawapan itu pada hati kita untuk merasa.
Setelah Solat Istikharah dilakukan, kita berharap keyakinan untuk melakukan keputusan tanpa perlu menanti petanda dariNya. Apa yang terjadi selepas itu pasti ada hikmah, samada berbentuk nikmat atau ujian. Bersangka baik sesuatu pilihan, selagi pilihan itu berada di jalanNya, dengan berlandaskan iman, bukan nafsu yang membuak-buak.
Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya al Azkaar, ” Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut.”
Apa sahaja pilihan yang dibuat, redha dengan ketentuannya. Kerana ketentuan itu adalah petunjuk dariNya juga. Firman Allah “..Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak”(Al-Baqarah : 216)
AKHIR KALAM
Allah taala adalah tempat kita mengadu. Dialah segala-galanya. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.
Wallahualam.

No comments:

Post a Comment