Sunday, February 17, 2013
Motivasi Wang Ringgit
Dalam hidup ini, terutamanya golongan dewasa, tentu sekali kita pernah ditipu wang ringgit.
We give RM to get something, end up with losing everything.
Ada yang sampai muflis,
Ada yang sampai berhutang besar
Ada yang sampai bergolok gadai
Semuanya terjadi gara-gara kena tipu.
Bagaimana kena tipu ?
Ada yang kena bohong, ada yang akibat ketamakan sendiri, ada akibat kurang ilmu.
Ada yang bunuh diri, ada yang ambil jalan singkat, ada yang bercerai berai.
************************************************************
Kena tipu wang ringgit ni , adalah perkara melibatkan perasaan. Hasi titik peluh kita, diambil tipu orang dengan begitu sahaja.
Sebagai manusia biasa, kita pasti berasa marah, kecewa, sedih dan perasaan negatif lain. Itu normal.
Tetapi hidup mesti diteruskan. Hari mendatang kena dihadapi.
Positively :
Muflis di dunia tidak seteruk muflis di akhirat.
Muflis akhirat
Pahala kita diberi pada orang yg dizalimi,
Dosa org yang kita berbuat zalim kita terima.
Kita kena tipu wang ringgit, itu dinamakan ujian.
Pada masa kita kesempitan, mungkin ita lebih rapat dengan ALLAH.
Kita lebih rapat dengan sanak saudara.
Dan ada hikmah-hikmah yang kita tidak nampak.
HIKMAH dan Rahmat ALLAH itu tinggi, tak tercapai akal manusia.
*************************************************************
Saya juga ada kena tipu. Sakit hati marah tu ada. Mohonlah kepada Allah, agar dosa kita diberikan kepada si penzalim, dan pahala dia, diberi kepada kita.
Doa orang teraniaya/dizalimi mudah makbul.
Kena tipu macam mana pun, hidup mesti diteruskan. Ingat, pembalasan untuk kita, dan dia ada di Mahkamah Mashyar. Takkan terlepas punya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment