DENGAN sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'. Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit. TANPA sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati. TANPA sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti. TANPA sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan. TANPA sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran. TANPA sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Hanya orang yang sabar, akan mampu memimpin dirinya kepada kejayaan dan kecemerlangan hidup. Asalkan kita bersabar, kepahitan berjuang di permulaan akan berakhir dengan kemenangan yang sangat manis. Percayalah, orang yang tidak sabar adalah orang lemah yang berjiwa kecil.
Wednesday, February 20, 2013
DENGAN KESABARAN KU...TANPA KESABARAN KU
Sabar bererti menahan diri, cekal memikul beban, tetap dan kuat menderita kepayahan tanpa keluh kesah dan gelisah. Gopoh atau keresahan adalah contoh orang tidak sabar. Ia adalah sejenis penyakit. Ia berpunca daripada emosi takut atau bimbang atau gelisah.
DENGAN sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.
DENGAN sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.
DENGAN sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.
DENGAN sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.
Sunday, February 17, 2013
Motivasi Wang Ringgit
Dalam hidup ini, terutamanya golongan dewasa, tentu sekali kita pernah ditipu wang ringgit.
We give RM to get something, end up with losing everything.
Ada yang sampai muflis,
Ada yang sampai berhutang besar
Ada yang sampai bergolok gadai
Semuanya terjadi gara-gara kena tipu.
Bagaimana kena tipu ?
Ada yang kena bohong, ada yang akibat ketamakan sendiri, ada akibat kurang ilmu.
Ada yang bunuh diri, ada yang ambil jalan singkat, ada yang bercerai berai.
************************************************************
Kena tipu wang ringgit ni , adalah perkara melibatkan perasaan. Hasi titik peluh kita, diambil tipu orang dengan begitu sahaja.
Sebagai manusia biasa, kita pasti berasa marah, kecewa, sedih dan perasaan negatif lain. Itu normal.
Tetapi hidup mesti diteruskan. Hari mendatang kena dihadapi.
Positively :
Muflis di dunia tidak seteruk muflis di akhirat.
Muflis akhirat
Pahala kita diberi pada orang yg dizalimi,
Dosa org yang kita berbuat zalim kita terima.
Kita kena tipu wang ringgit, itu dinamakan ujian.
Pada masa kita kesempitan, mungkin ita lebih rapat dengan ALLAH.
Kita lebih rapat dengan sanak saudara.
Dan ada hikmah-hikmah yang kita tidak nampak.
HIKMAH dan Rahmat ALLAH itu tinggi, tak tercapai akal manusia.
*************************************************************
Saya juga ada kena tipu. Sakit hati marah tu ada. Mohonlah kepada Allah, agar dosa kita diberikan kepada si penzalim, dan pahala dia, diberi kepada kita.
Doa orang teraniaya/dizalimi mudah makbul.
Kena tipu macam mana pun, hidup mesti diteruskan. Ingat, pembalasan untuk kita, dan dia ada di Mahkamah Mashyar. Takkan terlepas punya.
50 Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ..
50 Kisah dan Perinsip Hidup TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY ..
Salam buat semua...Siapa tidak kenali Tan Sri Mokhtar Albukhary..Orang melayu paling kaya di Malaysia.. Ramai mana orang yg bercita-cita dan berazam untuk menjadi seperti beliau tetapi ramai mana lak yg sanggup bersusah payah seperti beliau...cuba kita hayati kata-kata beliau ini dan selaminya...
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan WARISAN UNTUK ANAK BANGSA YANG KEKAL BERPANJANGAN.
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.SAYA PERCAYA SESIAPA PUN BOLEH MENJADI APA SAHAJA ASALKAN MEREKA BERUSAHA DENGAN TEKUN . Tetapi tentulah ia memakan masa. TIADA JALAN SINGKAT.
4. Saya MENGENALI KEKUATAN DAN KELEMAHAN SAYA. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan,MEMANG KENA BANYAK SABAR DAN KUAT BERUSAHA .
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya TIDAK ADA STATUS,ADA MASA DI ATAS ADA MASA DI BAWAH.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu.
ALLAH BERI REZEKI MELALUI KITA UNTUK KITA TOLONG ORANG LAIN.REZEKI ITU BILA-BILA MASA SAJA DIA BOLEH AMBIL BALIK.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.
ORANG MELAYU KITA TIDAK MAHU BEKERJASAMA KERANA PERASAAN DENGKI MENGUASAI DIRI.SUDAHLAH TAK MAHU BERUSAHA,APABILA ORANG LAIN BERUSAHA MEREKA MARAH.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ADA EMOTIONAL ATTACHMENT KEPADA AGAMA,BANGSA DAN UMMAH. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa.APA YANG SAYA TIDAK TAHU SAYA BELAJAR MINTA TOLONG DARIPADA ORANG LAIN.SAYA TIDAK MALU . Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri.SIKAP PEMALAS DAN PEMALU INI ORANG MELAYU KENA ATASI .KITA KENA BERANI KERANA BENAR . Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19.KAYA ITU BUKANLAH KEPADA DIRI SENDIRI. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini,KEPADA BANGSA DAN KEPADA ORANG RAMAI .Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya HANYA PERKARA YANG BAIK YANG KITA LAKUKAN AKAN KEKAL. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.
DI KAMPUNG ORANG MELAYU BERPECAH KERANA POLITIK,DI BANDAR BERPECAH KERANA WANG . .
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka HANYUT DARIPADA MENOLONG ORANG LAIN . Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi MESTI TAHU BAGAIMANA HENDAK MEMINJAM DAN MEMBAYARNYA SEMULA . Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.BANYAK ORANG MAHU SENANG TAPI TIDAK RAMAI YANG MAHU BERTANGGUNG JAWAB .
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. SAYA SUKA KALAU NIKMAT SEDIKIT YANG SAYA DAPAT ITU ORANG LAIN BOLEH BERKONGSI BERSAMA.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal.SAYA MANUSIA YANG BANYAK BUAT KESILAPAN.TETAPI SAYA INSAF,BERISTIGHFAR DAN TERUS BERJALAN LAGI . Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. KEKAYAAN INI TUHAN BERI KEPADA SAYA UNTUK SAYA MENOLONG ORANG LAIN PULA.SAYA PERCAYA KEPADA KEBERKATAN REZEKI.HARI INI KITA TOLONG ORANG,ESOK LUSA ORANG AKAN TOLONG KITA PULA DENGAN CARA YANG LAIN.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju. 34.KITA JANGAN CEPAT PUTUS ASA.PUTUS ASA BOLEH TAPI KENA CEPAT-CEPAT KUATKAN SEMULA SEMANGAT UNTUK BANGKIT BALIK.JANGAN JADIKAN AGAMA HANYA SATU TEMPAT UNTUK KITA BERGANTUNG APABILA KITA SUSAH . Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku. 38.KEJAYAAN DAN KELEMAHAN ORANG MELAYU BUKAN DISEBABKAN OLEH BANGSA DAN AGAMA KITA.TETAPI IA BERKAIT DENGAN SIKAP DAN CARA KITA BERFIKIR.GIGIH ,TEKUN DAN TIDAK PUTUS ASA MERUPAKAN KUNCI KEJAYAAN KITA.SAYANGNYA PERKARA INI KURANG WUJUD DALAM CARA ORANG MELAYU BERFIKIR .
39.TUHAN MEMBERI PELUANG KEPADA SESIAPA SAJA YANG BEKERJA KUAT. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41.ORANG MELAYU SEBENARNYA KENA BANTU DIRI SENDIRI,KENA BEKERJA KERAS DAN FOKUS .
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. SAYA SENDIRI BERHUTANG SAMBIL BERNIAGA DAN BUAT SUMBANGAN AMAL JARIAH.SAYA TAK MAHU TUNGGU HUTANG HABIS BARU HENDAK BUAT SEMUA NI .Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah,LEBIH BAIK BUAT SEDIKIT DARIPADA TIDAK BUAT LANGSUNG.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48.SAYA GEMBIRA DAPAT MEMBANTU.SAYA MAHU ORANG LAIN MERASAI KESENANGAN APA YANG PERNAH SAYA RASA.Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.
50. SAYA RASA KITA SUDAH TERLALU BANYAK KETINGGALAN. p/s tidak ada jalan singkat untuk berjaya dan tidak ada jalan mudah...kena tempuhi yg pahit baru jumpai yg manis...
Wednesday, February 13, 2013
"JODOH BUKANLAH TERLAMBAT DATANG"
Jodoh BUKANLAH terlambat, Tapi BELUM tiba saat-NYA yang TEPAT untuk kita.
Kerana jodoh itu,
Sudah ditetapkan,
Sudah di tentukan,
Sudah di gariskan,
Sudah di taqdirkan,
Oleh_NYA dan tetap menjadi RAHASIA_NYA juga,, agar kita terus berikhtiar dan meminta kepada_Nya.
Andai kita telah dibertahu_Nya siapa jodoh kita, pasti kita tidak bersusah payah mencari dan menemukannya.
Dan jodoh itu bukan hanya untukku, untukmu atau untuk mereka,,, tapi untuk semua hamba2Nya. Kerana untuk itulah kita diciptakan berpasang-pasangan, agar dengannya yg nanti menjadi JODOH kita, kita merasa nyaman dalam melabuhkan fitrah kasih sayang, cinta dan nafsu yang ada dlm diri kita,, di jalan yg di halalkan_Nya.Yakni dalam PERNIKAHAN.
Jika saat ini kamu masih sendiri, itu bukan berarti jodohmu terlambat datang, Tapi waktu_Nya saja yg belum tiba buatmu menemukan dirinya pasangan tulang rusukmu. Usah risau dengan sendirimu,, usah bertanya-tanya yang hanya membuatmu kian gundah dan gelisah,,,
Tapi sebaiknya,, cobalah terus perbaiki diri, bergaul dengan orang2 BAIK dan Sholeh, jangan lupa JAGA prasangka dan niatmu untuk menemukannya, kerana dari sanalah sesungguhnya akan mendekatkan dirimu pada apa yang kamu cari, kamu inginkan dan kamu harapkan..
Insya ALLAH, jika telah dirimu siap, maka ALLAH akan menyegerakan semua pintamu,, sesuai dengan kadar KESIAPAN mu. Dan ALLAH selalu LEBIH TAHU itu,,,
''Ya Ilahi Rabbi, Engkaulah pengenggam hati dan jiwa kami, dan Engkau jugalah yang dapat membolak-balikkan hati dan kehidupan kami. Dan jodoh itu telah menjadi ketetapan_Mu atas kehidupan kami, maka biarlah itu yang terbaik disisi_Mu, agar ia dapat menjadi penyempurna hidup kami, dalam beribadah kepada_Mu.
Aamiin,,
Jangan Terlalu Berharap
Mencintai itu ibarat menggenggam sebuah pisau ditangan, ia akan membuat kita terluka ketika kita menggenggamnya terlalu erat.
Akan tiba saatnya dimana kita harus berhenti mencintai seseorang, bukan karena orang itu berhenti mencintai kita, atau karena ia tidak memperdulikan kita lagi,melainkan saat kita menyadari bahwa orang itu akan lebih bahagia apabila kita melepasnya.
Tetapi, apabila kita benar-benar tulus mencintai seseorang, jangan dengan mudah kita melepaskannya.
Cintai seseorang tanpa melihat, tanpa mendengar dengan setulus hati dan seutuhnya rasa yang kita miliki
Sebab bila mencinta dengan pandangan disaat ia buyar bisa saja cinta itu pupus.
Bila mencintai dengan pendengaran, disaat tak terdengar lagi bisa saja cinta itu hilang.
Mencintai seseorang bukan apa-apa, jangan terlalu berharap akan balasannya.
Dicintai seseorang adalah sesuatu yang bisa menjadi berkah dan bisa juga menjadi fitnah.
Dicintai oleh orang yang kita cintai sangatlah berarti, maka syukuri dan nikmati.
Tetapi dicintai Sang Maha Pencipta adalah segala-galanya, karena segala macam cinta ada dalam genggaman-Nya.
Wahai Wanita, ketahuilah bahawa ,
◎ Di akhirat, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
⇨Ibunya
⇨Isterinya
⇨Anak Perempuannya
⇨Saudara Perempuannya
Manakala seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:
➢Suaminya
➢Ayahnya
➢Anak lelakinya
➢Saudara lelakinya
Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:
✔Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
✔Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
✔Taat Kepada Si Suaminya
✔Menjaga Kehormatan Dirinya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ♥ ALLAH pada wanita.. ツ
Bersegeralah Namun Tidak Tergesa-gesa..
Jika kau mencintaiku karena ALLAH jangan dekati aku.
Jika kau mencintaiku karena ALLAH jangan menggodaku.
Jika kau mencintaiku karena ALLAH jangan merayuku.
Jika kau mencintaiku karena ALLAH jaga izzahmu denganku.
Jika kau mencintaiku karena ALLAH jangan menyentuhku.
Jika Mencintaiku karena ALLAH jagalah hatimu dan hatiku agar tetap Mencintai-Nya.
Jika Benar Ikhwan Itu Mencintaimu,
dia tidak akan Menyentuhmu sebelum halal denganmu.
dia tidak akan Memanggilmu Sayang sebelum halal denganmu.
dia tidak akan Melihat Auratmu sebelum halal denganmu.
dia takkan menyebabkanmu Lalai dari menjadi Hamba ALLAH yg Baik.
Wahai Ukhti,Inginku menyayangimu,tapi tak sekarang.
inginku mencintaimu,tapi tak sekarang,inginku memilikimu,tapi tak sekarang Pasti Nanti suatu saat,dalam sebuah ikatan Suci yang di Ridhai oleh-Nya.karna jika kini ku penuhi keinginanku,maka aku akan menodai kasih putih Sang Ilahi dan menodai Cinta Sucimu..
Terkadang kita merasa tidak kuat menghadapi Cobaan yang begitu Dahsyat..Setiap kali kamu merasa Sangat Kehilangan..
Setiap kali Kamu merasa begitu Sendirian..Semua yang kau lihat hanyalah Kegelapan dan rasa Kehilangan yang begitu Menyakitkan..Jangan pernah Putus asa dan merasa sendiri dalam Mengarungi Gelombang kehidupan ini..
Bila kamu merasa Tidak bisa Bangkit kembali dan kamu Tidak mampu melihat Jalan Terbaik saat ini..Yakinlah bahwa ALLAH selalu ada dimana kamu Berdiri..
Bila ALLAH Berkehendak maka kamu akan menemukan Jalanmu..bila ALLAH Berkehendak maka segalanya akan mudah untukmu..
Bila ALLAH Berkehendakmaka, tiada rasa Gelisah didadamu..bila ALLAH Berkehendak maka segalanya sesuai harapanmu..
Tatkala kamu melakukan satu Kesalahan, janganlah kamu pernah Kehilangan Harapan..Taubatlah kepada-NYA..ALLAH yang Maha Bijaksana..
Angkatlah Tanganmu,Memohon ampunan dari-NYA..jangan putus asa dan Kehilangan kepercayaanmu..sebab ALLAH Subhanahu Wa Ta'alla itu Selalu ada di sampingmu..Insya ALLAH... kamu akan menemukan Jalanmu..
Kembalilah kepada Sang maha Pencipta..ALLAH yang tidak pernah Jauh dari kita..percayalah pada-NYA dan jangan pernah ragu..Berdo'alah,..
Ya ALLAH..Bimbinglah langkah kami..jangan biarkan kami tersesat dan berpaling dari-MU..Karena hanya KAU Satu-satunya yang menunjukkan Jalan hidup kami......Aamiin ya Robbal'alamin.
Saat hati berkata "INGIN", namun Qadar ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berkata "TUNGGU"...
Saat air mata "MENITIS",namun Qadar ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berkat.."TERSENYUMLAH"...
Saat segalanya terasa.."MEMBOSANKAN",namun Qadar ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala berkata "TERUSLAH MELANGKAH"...
Biidznillaah...Kita merancang sesuatu,ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala juga merancang sesuatu yang dirahasiakan-NYA buat kita.Namun, Rancangan ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala itu LEBIH baik...yang PALING baik...dan yang TERBAIK daripada rancangan kita.
Karena ALLAHU Yaa 'Aliimu Yaa HAKAM (Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Menetapkan)!
Jadi, kita sebagai hamba-NYA.. Jangan pernah PROTES atau PUTUS ASA.
Yakinlah...ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala ada untukku,untukmu,dan untuk kita semua.
Mungkin rencana kita telah baik, namun harus di ingat bahwa rencana ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala lebih baik lagi.Belum tentu apa yang kita anggap baik di mata kita baik pula di mata ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala..
ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala telah Mempersiapkan yang jauh lebih baik untuk kita yang sesuai dengan Akhlak serta Perangai Kita..
Ikhlaskanlah segalanya pada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan Yakinlah akan janji-Nya...Apapun yang di berikan kepada Kita itulah yang terbaik buat Kita....(QS.Al-Baqoroh:216).
Tuesday, February 05, 2013
KITA IBARAT PINGGAN
Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..
Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..
Yang Terdalam
Kulepas semua yang ku inginkan
Tak akan ku ulangi
Maafkan jika kau kusayangi
Dan bila kumenanti
Pernahkah engkau coba mengerti
Lihatlah ku disini
Mungkinkah jika aku bermimpi
Salahkah tuk menanti
Takkan lelah aku menanti
Takkan hilang cintaku ini
Hingga saat kau tlah kembali
Kan kukenang di hati saja
Kau telah tinggalkan
Hati yang terdalam
Hingga tiada cinta
Yang tersisa di jiwa
Sunday, February 03, 2013
Aku Suka Dia
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
KITA MASIH BERBOHONG KPD DIRI SENDIRI.
Contoh bohong yg nyata...
✔ Kata yakin ALLAH Maha Pemberi, tapi kita kurang berdoa untuk minta bantuan daripada NYA...
✔ Kata nak hijrah diri tapi tidak mahu mengaku kelemahan dan kesilapan diri...
✔ kata ALLAH cipta kita dengan sempurna tapi tak yakin untuk berjaya...
✔ kata nak cuba sungguh2 tapi tak...
✔ Kata nak istiqamah tapi hangat2 tahi ayam...
✔ kata yakin kepada qada' & qadar, tapi masih lagi kecewa bila gagal...
✔ kata org Islam bersaudara, tapi masih benci, dengki, dendam dan tidak saling tolong menolong...
✔ kata sayang kepada pasangan, tapi tak pamer...
✔ kata nak jadi pemimpin, tapi tak pimpin keluarga untuk masuk syurga...
✔ kata bertawakkal kepada ALLAH, tapi masih berharap kepada manusia. Moga ALLAH bantu kita.
- Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
" JODOH DALAM KUASA ALLAH "
Betapa pun seseorang berusaha sekuat tenaga membina hubungan baik, Kuasa Allah lah yang menentukan akhir dari hubungan itu..
Indah berakhir dipelaminan atau terhempas dalam penantian..
Namun senantiasa optimis dalam Ikhtiar dan berbaik sangkalah kepada Allah ...
Yang terbaik dilakukan adalah bersabar dan bertawakal ,
Dipuncak ikhtiar adalah KEPASRAHAN YANG INDAH..
Bersabarlah menanti jodohmu...
Dan berprasangka baiklah jika ternyata orang yang engkau harapkan untuk mendampingimu,
Ternyata bukan jodoh yang engkau harapkan..
Tetap optimis bahwa semua akan INDAH pada waktunya.. insyaAllah ...
KETIKA CINTA HARUS MEMILIH
Ketika kita dihadapkan pada dua pilihan,
Maka kesetiaan yang akan diuji.
Butuh iman yang kuat untuk mempertahankannya
Apalagi ketika dua pilihan itu sama baiknya….
Disini kita akan mengerti arti dari mempertahankan
Kerana sungguh mempertahankan lebih sulit dari pada mendapatkan…
Namun ketika keinginan tak seperti yang kita harapkan,
Kita harus terus bersabar dan ikhlas…
Tidak semua yang kita inginkan bisa tercapai.
ALLAH tahu apa yang kita butuhkan bukan apa yang kita inginkan.
Kerana yang terbaik bagimu belum tentu baik dimata ALLAH .
Ya Rabb…
Ketika cinta harus memilih,
Pilihkan hamba pada orang yang melabuhkan cintanya kepada_Mu.
Yang mencintai Rasul utusan_Mu.
Yang berpedoman pada Kitab_Mu.
Agar semakin bertambah kecintaanku Kepada_Mu ya Rabb..
Ya Rabb…
Ketika cinta harus memilih,
Izinkan hamba untuk mengabdi kepada seseorang yang Kau takdirkan untuk hamba ..
Untukmu Wahai Calon Imam ku,
Kuselipkan setiap bait doa untukmu dalam istiqarah cintaku.
Allah yang akan mempertemukan kita.
Sungguh aku hanya ingin mencintaimu kerana ALLAH ..
Aamiin...
【◦♥◦ ‘‘Ketika Rindu Terpisah Jarak & Waktu’’ ◦♥◦】
Ketika engkau begitu merindukan seseorang yang sangat engkau sayangi namun dia jauh disana...
→ Rindukanlah dia dalam setiap do'amu...!!!
→ Rindukanlah dia dalam setiap sujudmu...!!!
→ Pintalah agar dia selalu berada di jalan-Nya...!!!
→ Pintalah agar dia selalu menjaga hatinya...!!!
Ingatlah...
⇉ Jarak jauh adalah Ujian sebuah hubungan cinta...
⇉ Jarak dekat pun adalah ujian keimanan sebuah hubungan cinta...
⇉ Dan menanti dengan penuh ketulusan adalah bukti kesetiaan dan pengorbanan sebuah hubungan cinta...
Sesungguhnya jarak itu bukan bermaksud untuk menghukummu.
Akan tetapi untuk menjaga dirimu dengannya. Menjaga kefitrahannya.
Bersabarlah hingga suatu saat waktunya akan tiba.Dalam sebuah ikatan yang terlindungi ridha_Nya.
Maka Bertahanlah...
» Dalam sebuah penantian penuh dengan keikhlasan...!!!
» Dalam sebuah penantian penuh dengan ketulusan...!!!
» Dalam menjemput hubungan yang benar² dihalalkan...!!!
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Ya Illahi ya robbi,inikah rasa rindu dalam hatiku...
Tiada air mata tapi hati menangis,tiada luka namun hati terasa sakit..
Semakin berusaha bersabar,semakin terasa berat untuk tetap bertahan.
”Ya Illahi ya robbi,inikah rindu dalam cinta-Mu.. tiada berdaya dalam tawa,hanya senyuman yg jadi kiasan.Tiada kesyahduan namun mata berbinar binar.” Ya Illahi, adakah ia merindukanku, adakah ia menantikanku. ”Bila tersirat dihatinya, tuntunlah hatinya,terangilah hatinya..Agar tak melebihi kerinduannya kepada-Mu,agar tak berburuk sangka kepada-Mu.” Hati kami adalah milik-Mu,maka Engkau-Lah yang mengetahuinya.Rasa ini adalah anugerah-Mu,perindahlah untuk kebahagiaan kami.Sejatinya kami akan kembali kpada-Mu, semoga Engkau memberikan kekuatan dalam segala rasa rinduku.”......Aamiin ya Rabbal'alamin..
Subscribe to:
Posts (Atom)