Thursday, September 18, 2014
Monday, September 08, 2014
Renungan...
Apabila kita mempunyai seseorang yang istimewa kita haruslah menyayanginya kerana ALLAH supaya hubungan yang terjalin mendapat keredhaan dari ALLAH Ta'ala. |
KETIKA CINTA TAK BERJODOH
-Sakit memang, ketika kita berharap seseorang menemani hidup kita, akan tetapi takdir berkata lain, hanya membuat rasa sakit dan pedih.
-Akan tetapi percayalah, hal itu sesuatu yang terbaik dari ALLAH Subhanahu Wata'ala.
-Kerana sudah jelas, segala kehidupan, pilihan, hakikatnya di tentukan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala.
-Jangan pernah menangis akibat orang yang kita harapkan tak mungkin akan bersama dengan kita.
-Namun menangislah saat kita lupa pada ALLAH Subhanahu Wata'ala.
-Segala perih di hati akan hilang pada waktunya, dan pasti akan menimbulkan keindahan kelak.
-Percaya lah pada kebesaran NYA. Bahwa DIA tau mana yang terbaik untuk hamba-hambaNYA.
-Jangan pernah anggap putus cinta dengan yang kita harapkan sebagai hukuman dari ALLAH.
-Percayalah, ada rahsia di balik rahsia dan di balik semua peristiwa pasti ada hikmahnya.
-ALLAH Subhanahu Wata'ala Berfirman:
"Dan (DIA lah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Gagah lagi Maha Bijaksana."
(QS. Al Anfal: 63).
BercintaSelepasNikah
Tembakan ini untuk kaum Adam :
Katanya mahu jadi soleh, berubah.
Namun masih stalker perempuan comel,
like dan komen melayan macam dia diminati.
Mahunya berubah, tak mahu bermain perasaan,
tetapi meluah hati ke hati dengan kenalan,
kenalan yang konon memahami, tetapi
sekadar buat melayan waktu sunyi. Peliknya,
kena mesti yang bukan dari kaumnya sendiri.
Maaf, ini memang utk kita sama-sama terasa dan
berhenti mengada-ngada, matang sebagai lelaki soleh bukan
lelaki toleh.

PESAN ABAH .. ;)
Abah selalu pesan,
Jangan pernah bebankan manusia dengan masalah kita.
Seberat mana kita rasa terbeban dengan dunia,
Serendah mana kita ditolak jatuh olehnya,
Seluka mana kita dikhianati manusia.
Abah kata, jangan pernah kita mengharap manusia untuk dengar kita.
Paling tidak,mereka cuma mampu kata “sabar,ini ujian untukmu”
Sedang mereka tidak tahu apa yang ada dalam kasut kita.
Saiz saja sudah tidak sama.
..
Lalu abah kata,
Setiap detik yang kita rasa hilang,
Rasa seperti seolah jiwa terbang,
Ingati tuhan.
Kerna,cuma yang mengingati tuhan akan dibalas dengan sayang.
Cuma yang mengerti nilai menjadi hamba,
Akan mengerti kemana harus dia pergi seandai dihimpit dunia.
Ingat,manusia tak selalu ada untuk kita.
Hatta orang yang paling kita sayang dan kita cinta.
Tapi tuhan,
Sempurna sifatNya pada setianya Dia.
Luahkan pada Allah,
Luahkan pada Allah,
Dan tetap meluah pada Allah.
Iya memang,Dia Maha Mendengar.
Tak perlu luah pun takpe.
Tapi bukankah kurangnya sifat hamba itu pada kebergantungannya?
Jangan ego didepan tuhan.
Jangan merampas sifat yang cuma layak bagi Dia.
..
Moga kita,tuhan jagai hati hatinya.

Mutiara Kata
“Hanya orang Mukmin yang sebenar itu apabila disebut saja nama Allah, gementarlah hati mereka dan apabila dibaca ayat al-Quran, bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Allah sajalah mereka menyerah diri.”
ISTIKHARAH MEMOHON KEREDHAAN-NYA
Imam Nawawi dalam kitabnya al-Azkaar berkata,
“Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut”.
Semoga Tuhan memberikan jawapan itu pada hati kita untuk merasa.
Setelah Solat Istikharah dilakukan, kita berharap keyakinan untuk melakukan keputusan tanpa perlu menanti petanda dariNya. Apa yang terjadi selepas itu pasti ada hikmah, samada berbentuk nikmat atau ujian. Bersangka baik sesuatu pilihan, selagi pilihan itu berada di jalanNya, dengan berlandaskan iman, bukan nafsu yang membuak-buak.
Imam Nawawi menyebut di dalam kitabnya al Azkaar, ” Maka hendaklah dia memilih perkara yang dia merasa lapang dadanya pada perkara tersebut.”
Apa sahaja pilihan yang dibuat, redha dengan ketentuannya. Kerana ketentuan itu adalah petunjuk dariNya juga. Firman Allah “..Mungkin kamu benci pada sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu, mungkin juga kamu cintai sesuatu, sedangkan ia mudarat bagimu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak”(Al-Baqarah : 216)
AKHIR KALAM
Allah taala adalah tempat kita mengadu. Dialah segala-galanya. Andainya kita sebagai muslim dan muslimat yang benar-benar beriman kepada-Nya maka Dialah Allah sebagai tempat kita menyerahkan segala urusan dan tindakan samada besar atau kecil, penting atau tidak sesuatu perkara tersebut. Kerana disitulah kita dapat melihat adakah disana terdapat pergantungan hati seorang hamba dengan Tuhannya ataupun tidak. Kerana hanya Allah taala sahaja yang terbaik untuk menentukan hala tuju kita dalam melakukan sesuatu perkara sedangkan kita tidak mengerti apakah hikmah dan rahsia terhadap setiap perkara yang kita kerjakan.
Wallahualam.
Wednesday, September 03, 2014
Assalammualaikum dan selamat pagi semua!!! Semoga sentiasa ceria tau...Jangan sedih2, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan. Yang penting kita kena sentiasa sabar dan tawakal kepada yang Maha Esa. Semangat! Semangat!
"When one door of happiness closes, another opens; but often we look so long at the closed door that we do not see the one which has bee opened for us. " ~ Helen Keller
Solat Malam (Tahajud)
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan ALLAH sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.
Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.
03/09/2014
Bila emosi tercalar, minda selalunya turut tersasar.
Bertenang...!
Sematkan dalam fikiran, setiap yg berlaku adalah dengan izin-Nya.
Pasti ada hikmah di sebalik musibah andai benar2 redha dan pasrah.
Berzikir... ingati Dia!
Bahagia akan hadir biar diri disingkir manusia kerana ...
Dia tak pernah meminggirkan hamba-Nya...(",)
Subscribe to:
Posts (Atom)