Ada segelintir kaum
suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah
tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum
suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu
cepat nampak tidak menarik di mata anda?
1. Tahukah anda, jika
kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehinggabenar2 hancur,
itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita
gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni,
terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak
memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan,
buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab
makanan x sempat nak hadam betul2.
2. Wanita juga mudah gemuk
kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis
dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang
katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak
dengan riaknya mengatakan "kau ni kuat betul makan!"
3. Bila
anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati
terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas
nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali
terpaksa bangun membuat susu utk anak.. Bila x cukup tido, mulalah muka
nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna
Total Effect ker, aper ker... xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan
ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu
menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang
kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya... nak itu, nak
ini.. So, wanita pun membebel, marah2... dan bila marah2, banyak leter,
so cepatlah jadi tua..
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua &
cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh
itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari
sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia
sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.
No comments:
Post a Comment