Sunday, August 04, 2013

04/08/2013 _i_

Renungan...
:: Walaupun aku seorang wanita yang tabah dan kuat serta mampu hadapi apa jua waktu sukar dalam hidupku, aku mengaku yang aku tak mampu menangkis rasa takut dikecewakan.. Aku boleh lawan apa jua rasa sakit kerana wanita diciptakan ALLAH untuk mampu menahan rasa sakit, tapi aku tak mampu menanggung sakit jika aku ditipu dan dikecewakan oleh satu-satunya lelaki yang aku cintai...
:: Sekiranya satu hari nanti kau akan tinggalkan aku kerana wanita lain, aku bersyukur kerana aku tahu bahawa kau sememangnya tak layak menerima cintaku kerana jika kau benar-benar ikhlas mencintaiku kerana ALLAH, cintamu tidak kau berikan pada orang lain.. Aku tetap akan kuatkan hati kerana hidup perlu diteruskan dan aku percaya, ALLaH sentiasa ada bersamaku di setiap perjalanan.. Aku percaya akan ada sebenar-benarnya kebahagiaan di sebalik kekecewaan.. ...

No comments:

Post a Comment