Sunday, August 25, 2013
~ HATI & JIWA ~
Jika ALLAH tak memberimu seseorang yang kau impikan,
Semoga ALLAH menghadirkan seseseorang yang memimpikanmu.
Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kau rindukan,
Smoga ALLAH menghadirkan seseorang yang merindukanmu.
Bila ALLAH tak memberimu seseorang yang kau dambakan,
Semoga ALLAH memberimu seseorang yang mendambakanmu.
Bila ALLAH tak menyatukanmu dengan seseorang yang kamu cintai
Semoga ALLAH menghadirkan seseorang yang mencintaimu.
Yang bukan HANYA karena apa yang ada padamu.
Tapi apa adanya dirimu !
Sujudkan Hati & jiwamu,,
Semoga ALLAH memberi kita yang TERBAIK.
Dengan segala Keindahan hati & ketakwaannya..
Kerana....
Jodohmu takan jauh sifat,pribadinya sepertimu.
Aamiin ya Rabbal'alamin.
25/08/2013 ~ 1 ~
• Di saat kamu ingin melepaskan seseorang.
¤ Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.
• Di saat kamu mulai tidak mencintainya.
¤ Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya.
• Di saat kamu mulai bosan dengannya.
¤ Ingatlah selalu saat terindah bersamanya.
• Di saat kamu ingin menduakannya.
¤ Bayangkan saat dia selalu setia.
• Di saat kamu ingin membohonginya.
¤ Ingatlah saat dia jujur padamu.
‘‘Maka kamu akan merasakan arti kehadiran dia untukmu, Jangan sampai di saat dia sudah tidak di sisimu, kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu..’’
Thursday, August 22, 2013
MENGERTI???
Jodoh itu, takkan kemana-mana, dan jodoh tak akan tertukar..
Semua telah ditentukan olehNya
Hanya menunggu waktu
Cinta yang tumbuh didasari hati yang didampingi ketulusan untuk seseorang jangan dianggap suatu yang sia-sia jika tak boleh memiliki cinta yang engkau cintai
Kerana sejauh mana kita mengejar cinta itu, kalau dia bukan jodoh kita.
Pasti tidak akan bersatu dalam pernikahan.
Tetapi jika itu jodoh, berdiam diri pun tanpa putus asa kita akan dipertemukanNya..
7 Tips Motivasi
Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Kita hanya nak sampai di sana, bekerja lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti. Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda. Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
UJIAN ADALAH TARBIYAH DARIPADA ALLAH SWT..
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… -Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… .. dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 12
Mengenali Tanda-Tanda jodoh Anda
Sahabatku, kita semua tidak pernah tahu siapakah yang akan berjodoh dengan kita, namun dengan segala kebesaran Allah kita diberi tanda-tanda untuk mengenali yang menjadi jodoh kita.
Lantas bagaimana kita mengenali tanda-tanda seseorang menjadi jodoh kita?
Berikut ini tips untuk mengenali tanda-tanda jodoh kita.
Pertama,
orang yang berjodoh dengan kita walaupun selalu bersama, tidak ada sedikitpun perasaan bosan, jenuh ataupun
tertekan. Semakin hari, semakin sayang padanya. Kita senantiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengobat kedukaan kita. Dan dia pun merasakan hal yang sama seperti yang kita rasakan. Rasa senang apabila bersama. Jika berjauhan terasa ada kerinduan dan ingin berjumpa dengannya. Ketiadaan dirinya kita kehilangan.
Kedua,
Orang yang berjodoh dengan kita bersikap bersahaja dan tidak "aneh-aneh." Coba perhatikan caranya berpakaian, caranya berbicara, caranya tertawa dan tersenyum maupun makan dan minum nggak ja'im (jaga imej). Apabila dia tampil ada adanya, tidak dibuat-buat, maka itu adalah salah satu tanda-tanda dia adalah calon pasangan hidup anda. Jika tidak, maka anda mesti mengikhlaskannya karena dia bukanlah jodoh anda.
Sahabatku yang "single" ingin segera menikah, bila memang ada niat & keinginan sungguh2 untuk menjemput jodohnya maka Allah akan kirimkan jodoh yg terbaik dari sisiNya. Sahabatku, Jangan putus asa, tetaplah berikhitiar
menjemput jodoh anda & memohon kpd Allah agar diberikan jodoh yg terbaik.
Wassalam,
Muhamad Agus Syafii
sumber : rakan2 di facebook
Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?
Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.
Wednesday, August 21, 2013
Cinta Ini Selalu Untukmu…
Saat hati ini berkata
kau lah yang akan menjadi terakhir dihati ini
aku tahu, engkaulah segalanya bagiku
kehidupan ku akan terasa hampa, tanpa kehadiran mu
Aku sedar
aku terlalu menyayangimu
aku belum mampu tanpamu
kau sebagian dari hidup ku
Ketika bersamamu
aku menemukan erti memiliki
aku menemukan sebuah kebahagian
aku menemukan apa yang tak aku temukan diperjalan cintaku
Sayang..
kau harus tahu
cinta ini akan selalu milikmu
selamanya aku selalu milikmu
jangan pernah belajar untuk meninggalkan aku
kerana aku..
SANGAT MENCINTAI DIRI MU SEPENUH HATI KU.. :)
Tuesday, August 20, 2013
~ J.O.D.O.H. ~
Nak Cari Jodoh Akhirat Carilah Di Cairo , Nak Cari Gadis Kuat Debat Carilah Di Utm Skudai, Nak Cari Gadis Sopan Santun Carilah Di Uia Gombak, Kalau Nak Cari Yang Pandai Sosial Cari Pula Di Uitm Shah Alam, Nak Cari Tak Banyak Cakap Cari Pula Usim Nilai, Nak Cari Gadis Penuh Pendidikan Carilah Di UPSi Tanjung Malim, Namun Kalau Nak Cari Gadis Untuk Dijadikan Isteri Tak Perlulah U sana sini, Cukuplah U Tahu I Selalu disisi hihihi
Monday, August 19, 2013
~ WE CHAT ~
sedar ATAU tak ,,
semenjak WECHAT mula diperkenalkan ,,
macam2 HAL berlaku dalam hidup SESEORANG ,,
WHY ??
Meh duk cini ,,
saya nak SHARE 1 Cerita ,,
dari WECHAT lahh ,,
yang SINGLE jadi COUPLE ,,
yang dah COUPLE jumpa SCANDALS ,,
yang dah BERTUNANG jadi PUTUS ,,
yang dah BERKHAWIN cari MADU ,,
yang dah lama DUDA jumpa JANDA BERHIAS ,,
yang dah lama JANDA cari yang BUJANG ,,
yang sedang BAHAGIA jadi GADUH ,,
yang dah PUTUS terjumpa EX LAMA ,,
yang cari KAWAN rupenyer DURI ,,
yang sedang TERLUKA jumpa PENAWAR ,,
yang sedang CARI JODOH jumpa JODOH ,,
macam2 kan ,,
mesti KORANG pun pernah mengalami kan Situasi niee ,,
*lumrah kehidupan sekarang ..
#PANDAI2 LAH JAGA DIRI TAK KIRALAH ANDA PEREMPUAN MAHUPUN LELAKI# sekian
Sunday, August 18, 2013
~ CINTA KITA ~
Mungkin jarak memisahkan kita
mungkin waktu memcemburui kita
tapi rasa selalu memperatkan kita
dan rindu selalu mengikat kita
Jangan biarkan
jarak dan waktu
menjadi penghalang
bagi cinta kita
Tapi jadikanlah ia ujian
dalam perjalanan kisah kita
karna yakinlah
baik atau sebaliknya
di akhir nanti
adalah yang terbaik
buat diri kita
Dan jadikanlah
cerita cinta kita
sebagai sketsa dalam
cinta kita...
~ JAUH & DEKAT ~
Saat paling jauh...
adalah saat mata mampu
memandang orang yang dicintai
namun tak dapat menatapnya
dengan HALAL
Saat paling jauh...
bila berhadapan dengan orang yang dicintai
namun HARAM untuk menyentuhnya
Saat paling jauh...
bila tangan mampu meraihnya
namun dia telah mengenggam jari tangan
orang lain
Namun saat yang paling dekat...
pabila orang yang dicintai adalah
insan yang menjadi pilihanNya
dalam ijab & qabul
Mutiara Kata Renungan Bersama
Setiap Orang,Akan ada sesuatu yang dia pendam sendiri.Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,Segembira mana pun dia.Walau sekerap mana kita melihat dia tersenyum,walaupun kata-kata penuh dengan kata-kata ketegaran dan selalu dilihat penulisannya tabah, Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka dan tergelincir dalam hidupnya, Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,Pasti ada sesuatu yang pernah membuat dia menangis.
kerana apa sifat manusia itu agak sama cuma dibezakan berapa lama dia berlarut dalam kesedihan dan juga dibezakan bagaimana menyelesaikan masalahnya..ada perkara kita perlu selesaikan dan ada perkara kita redha
Thursday, August 15, 2013
9 Ayat Maut Seorang Perempuan
1. Ok. Fine!
Wanita selalu menyebut perkataan ini jika merasa diri mereka betul dan ingin mengakhiri pertengkaran. Lelaki perlu diam. Tak perlu bersuara jika ingin meredakan keadaan.
2. Bagi saya 5 minit
Hah! Ini memang selalu berlaku. Lebih-lebih lagi kalau nak bersiap keluar pergi jalan-jalan. Amboiiiiiiii. Bukan main lagi nak melaram dan mekap. 5 minit yang mereka cakap sebenarnyer bermaksud 5 jam. Dalam 5 minit yang mereka cakap, lelaki sempat pegi lepak kedai mamak layan bola, balik rumah balik.
3. Tak ada apa-apa
Ayat ini menunjukkan wanita sedang cuba untuk bertenang dan cuba menyembunyikan sesuatu. Mereka menyimpan perasaan marah dalam hati sebab tak nak memulakan pertengkaran. Biasanya pertengkaran seperti ini berakhir dengan aman.
4. Pergilah buat! Tadi kata nak sangat!
Ini adalah cabaran bukan kebenaran. Wanita sebenarnyer tidak memberi kebenaran tetapi hanya ingin menduga lelaki. Jadi, jangan buat.
5. Keluhan kuat
Ini sebenarnya adalah satu ayat. Wanita akan bertindak sebegini jika mereka merasakan tiada guna menghabiskan masa untuk bertengkar berkenaan perkara yang tidak patut dan tiada penting baginya.
6. Tak apa lah
Jika wanita berkata demikian, bermaksud mereka berfikir dalam-dalam tentang bagaimana dan bila anda menerima akibat kesilapan anda
7. Terima kasih
Wanita berterima kasih kepada anda dan jangan persoalkannya. Jawab saja “sama-sama”. Tetapi jika wanita berkata “terima kasih banyak-banyak ye!”, itu bermakna wanita bukan berterima kasih tetapi menyindir lelaki. Jadi, jangan jawab “sama-sama”… hehehehe
8. Apa-apa aja lah! (atau dalam bahasa inggeris, whatever!)
Ini adalah cara paling sopan bagi wanita untuk mengatakan yang tuuuut !. Jadi awas ..jangan dapat ayat ini wahai lelaki.
9. Jangan risau, saya dah tau macam mana nak buat
Wanita berkata demikian selepas mereka berkali-kali menyuruh lelaki berbuat sesuatu perkara tetapi akhirnya mereka yang buat sendiri.
Itulah serba sedikit ayat-ayat maut yang sering diucapkan oleh wanita dalam situasi dan keadaan yang tegang. Apa kata wanita? betul atau tidak .. hanya mereka yang boleh memastikannya …
Betul ke?
Setengah Mati Merindu
mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mengapa kita masih saja tak pernah bersatu
selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain
mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku
terus terang
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku
apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana
mungkin kau bukanlah jodohku
atau bahkan bukan takdirku
terus terang (terus terang)
aku merindukanmu, setengah mati merindu
tiada henti merindukanmu
masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu
aku merindukanmu, setengah mati merindu
aku merindukanmu, masih hatiku untukmu
aku tetap menunggumu (ku tetap menunggu)
(setengah matiku menunggumu) menunggumu
aku tetap menunggumu
Kasih Jangan Kau Pergi – Pria Band
Bila ku hanya sesaat bagimu
Jangan biarkan ku terlanjur menyayangmu
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerna kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untuk mu
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak sanggup jauh darimu
Kerana kau yang membuat aku menyayangmu
Cinta yang ku punya bukan sekadar kata
Cintaku ini abadi untukmu
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meningggalkan aku sendiri
Aku tak bisa aku tak sanggup bila sendiri
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Kasih jangan jangan jangan jangan kau pergi
Jangan pernah meninggalkan aku sendiri
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
Aku tak bisa bila kau pergi
15/08/2013 (i)
"Jika ALLAH sudah takdirkan sesuatu itu utk kita,walau seluruh isi alam ini menghalang kita dari mendapatkannya, kita tetap akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun, tetapi jika ALLAH sudah ditakdirkan sesuatu itu BUKAN untuk kita, walau seluruh isi alam ini membantu kita untuk mendapatkannya, kita tetap takkan mendapatkannya"
Wednesday, August 14, 2013
Kehilanganmu Berat Bagiku - Kangen Band
Cinta Bersatu - Liyana Jasmay (Official HD Music Video)
Wednesday, August 07, 2013
Penantian.
Menantilah dengan penuh kesabaran.
Menantilah dengan penuh keimanan.
Karena InsyaAllah. Akhir dari penantian itu adalah kebahagiaan.
Jangan pernah berhenti berdo’a dan meminta karena ALLAH lah yang maha memberi.
Tetaplah menanti dengan sabar atas jawaban-NYA.
Karena janji ALLAH itu BENAR.
Bagaimana kwalitas dirimu,begitu jugalah hasil yang akan engkau dapatkan...!!!
Oleh karena itu dalam penantian ini jadikan dirimu baik,maka InsyaAllah engkau akan mendapat kan yang terbaik juga...
Yakinlah... (^_^) InsyaAllah...
Semoga kita di berikan jodoh yang sholeh/sholehah.
Aamiin ya Rabbal'alamin.
Tuesday, August 06, 2013
BIARLAH
Biar ku tahan rasa sakit
Biar ku telan rasa pahit
Biarlah dada sesak menghimpit
Biarlah jalan semakin sulit
Tak perlu orang lain tahu
Apa yang ada di hatiku
Biar ku rasakan sendiri
Segala perit dihati
Biarlah airmata ini luruh
Biarlah jiwa ini rapuh
Lemah dan terjatuh
Biar ku tanggung jiwa gemuruh
Tak mau mengadu
Tak ingin orang lain tahu
Semua beban jiwaku
Biarlah ku jalani sendiri hidupku
Hanya pada Tuhan ku sandarkan
Dia Maha Mendengarkan
Segala keluh perasaan
Tempatku pinta pertolongan
Sunday, August 04, 2013
04/08/2013 _i_
Renungan...
:: Walaupun aku seorang wanita yang tabah dan kuat serta mampu hadapi apa jua waktu sukar dalam hidupku, aku mengaku yang aku tak mampu menangkis rasa takut dikecewakan.. Aku boleh lawan apa jua rasa sakit kerana wanita diciptakan ALLAH untuk mampu menahan rasa sakit, tapi aku tak mampu menanggung sakit jika aku ditipu dan dikecewakan oleh satu-satunya lelaki yang aku cintai...
:: Sekiranya satu hari nanti kau akan tinggalkan aku kerana wanita lain, aku bersyukur kerana aku tahu bahawa kau sememangnya tak layak menerima cintaku kerana jika kau benar-benar ikhlas mencintaiku kerana ALLAH, cintamu tidak kau berikan pada orang lain.. Aku tetap akan kuatkan hati kerana hidup perlu diteruskan dan aku percaya, ALLaH sentiasa ada bersamaku di setiap perjalanan.. Aku percaya akan ada sebenar-benarnya kebahagiaan di sebalik kekecewaan..
...
Subscribe to:
Posts (Atom)