Monday, June 03, 2013

YA ALLAH ... !!!

Ya Allah…
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku..Jadikanlah dia imamku
Ya Allah..
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku…
Ya Allah…
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMu, satukanlah hati kami sampai akhirat..
Ya Allah..
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.
Ya Allah..
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMu. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka , ya Allah.
Ya Allah…
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.
Ya Allah..
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMu, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMu. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.
Amin Ya Rabbal Alamin…

No comments:

Post a Comment