Wednesday, May 29, 2013

Petua Mengubat Pelupa

1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali telan.
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal dan bangun awal. Kalau ingin facebook di malam hari, hanya hadkan untuk Ensaiklopedia Petua Melayu Lama sahaja.
4. Jangan bersetubuh melebihi 2 kali seminggu.
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam.
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging.
7. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur.
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut.
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis.
11. Baca QUran dan cuba menghafal setiap hari.
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu.
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah (wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar.
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.

2 comments:

  1. petua menarik.. Insyaallah cuba amalkan sebahagian.. nak amal x smua mcm x mampu je.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... jom kita semua sama-sama amalkan.. ;)

      Delete