Wednesday, March 27, 2013

KETIKA HATI WANITA TERSAKITI ,,
Bismillaahirrahmaanirrahiim...
Tak banyak lelaki tahu bagaimana keadaan Hati wanita ketika bersedih...
Wanita marah bukan berarti ia pemarah,
Melainkan hatinya tengah terluka.
Wanita yang cenderung diam bukan berarti ia egois dan cuek atau acuh tak acuh melainkan diam lebih baik darinya.
Ketika Hati wanita tersakiti..
Mungkin susah di gambarkan dengan apapun,
Namun hancurnya hati wanita ketika tersakiti lebih dari sekedar gelas yang terjatuh dari atas menara "Prakk".
Ketika hati wanita tersakiti..
Tak banyak yang dapat ia lakukan..
Yang ia tahu hanyalah setetes air mata membasahi pipinya..
Yang ia tahu hanyalah dadanya terasa sesak..
Yang ia tahu hanyalah Sebuah tanda Cinta_Nya.
Jika kau ingin mengenggamnya maka genggamlah dengan halus,
Jika kau ingin melepaskannya maka lepaskanlah dengan perlahan,
Kerana ia adalah makhluk yang sangat rapuh..
Jika diibaratkan kaca,
Maka jangan terlalu kasar membersihkannya,
Kerana ia akan menjadi buram.
Jika kau meletakannya jangan kau banting,
Kerana ia akan pecah begitupun hati wanita.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
"JODOHMU CERMINAN DIRIMU"
Jika sekarang kamu sedang MEMPERBAIKI DIRI, INSYA ALLAH JODOHMU juga sedang MEMPERBAIKI DIRINYA..
Dan jika sekarang kamu sedang MENJAGA HATI, JODOHMU juga sedang MENJAGA HATINYA..
ISTIQOMAHLAH dalam PERUBAHAN..
Bukan untuk 'dia' tetapi untuk DIA..
Percaya pada TAKDIR ILLAHI, andai tiba masanya, kamu akan bertemu dengan JODOHMU juga..
Teruskan PERUBAHAN yang BAIK itu.. (◡‿◡✿)

Tuesday, March 26, 2013

SABAR DALAM PENANTIAN
ALLAH telah menggariskan yg terbaik untukmu,
Untuk kesabaran dan keikhlasanmu selama menunggu,
Untuk ikhtiar dan doa-doa yg tiada putusmu,
Untuk kebaikan-kebaikan yang kamu lakukan...
Jangan engkau risau akan jodohmu yg tk kunjung datang,
Karena ALLAH terlalu sayang untuk membiarkan kamu menikah dengan sembarang orang,
Yang memburu mu hanya karena harta,nasab atau rupamu..
Yang mungkin nantinya bahkan menganiaya mu lahir atau batin..
Maka tetaplah bersabar dalam penantianmu,
Tingkatkanlah iman dan taqwamu,
Ingatlah laki-laki yg baik akan mendapatkan wanita yg baik,dan sebaliknya,
Insya Allah semua selalu indah pada waktunya..
Aamiin

Sunday, March 17, 2013

Be Mine – Tasha Manshahar
Bermula di Facebook
You IM I dulu tak tahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja
Chorus
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you
Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Tuesday, March 12, 2013

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU
1.Melayu perlu belajar dari bawah. Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.
2.Modal efektif. Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.
3.Berusaha bersungguh-sungguh. Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.
4.Bersabar dalam tempoh lama. Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.
5.Mengenai jenis perniagaan. Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.
6.Rajin meninjau bisnes. Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.
7.Manfaatkan teknologi. Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.
8.Sentiasa tambahkan aset. Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.
9.Belajar dengan bangsa lain. Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.
10.Ikhlas dalam perniagaan. Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.
11.Menolak mitos. Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"
12.Mengamalkan peribadi mulia. Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.
13.Menjauhkan sifat keji. Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.
14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan. Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.
15.Mempunyai network. Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...
16.Membayar hutang dengan baik. Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.
"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"
Nasihat beliau amat mendalam....
BERANI MENANGGUNG RISIKO
Ada satu cerita lagi. Trump berasa sedih apabila mendapat tahu Michelle Sorro, calon The Apprentice dari Los Angeles, sanggup keluar daripada rancangan itu apabila gagal dalam tugasan mingguannya. Trump tidak percaya pada apa yang didengarnya. Dia tidak percaya ada anak muda yang tidak berani menanggung risiko. Sedangkan, terdapat 50 000 lagi orang lain di luar sana yang berbaris berkilometer bagi menghadiri uji bakat.
Semua tahu, Trump pernah gagal dalam bisnes. Trump pernah muflis. Trump Casino pernah bankrap. Bukan sekali, tetapi tiga kali. Trump berkata, "Saya tidak suka dengan perkataan yang bermula dengan huruf 'B' itu." Nilai hutang Trump dengan sebuah bank pernah mencecah RM596 juta. Namun, semua itu tidak mematahkan semangatnya. Semangatnya tetap teguh seperti batu karang. Kukuh seperti tugu negara yang utuh.
Berkaitan hal ini, Trump memberikan lima panduan seperti berikut: 1) Cantas fikiran negatif dan gantikannya dengan fikiran positif. 2) Sentiasa kekalkan fikiran positif setiap hari. Apabila berfikiran negatif, individu lain juga berfikiran negatif tentang kemampuan kita. 3) Serlahkan keyakinan diri. Terjun ke dalam medan para pesaing. Bermain dengan mereka bersama-sama di atas padang. 4) Buktikan kita mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan individu lain. Sentap status quo mereka dengan membuktikan betapa kita juga mampu. 5) Pecahkan tembok zon selesa dengan bergerak ke hadapan melalui momentum yang terhasil daripada berfikiran positif.
Ya. Hidup ini semuanya tentang risiko. Apa sahaja kita buat melibatkan risiko. Kita mungkin tidak payah melakukan apa-apa untuk mengelak risiko. Tetapi bolehkah kita? Hasilnya kita tidak memperolehi kemenangan. Kita tidak dapat merasai kemanisan buah kerana tidak berani memanjat. Kita tidak dapat menuju ke tempat yang diingini kerana takut memandu. Kita tidak dapat merasai perasaan disayangi kerana takut dilukai. Kita tidak akan dapat pendengar yang setia kerana takut untuk bercakap. Kita tidak akan dapat pembaca kerana takut menulis.
Orang berjaya mempunyai sesuatu tentang risiko. Mereka berani mengambil risiko. Ini sebab mereka tahu ganjaran yang akan diperolehi. Tetapi orang yang kalah takut hendak mengambil risiko. Mereka takut pada risiko yang diambil. Jadi jangan takut untuk mengambil risiko. Hidup ini adalah tentang risiko. Berani untuk mengambilnya. Kita akan menjadi seorang insan yang luar biasa hebatnya!

Thursday, March 07, 2013

“Pilihan itu satu ujian. Dan selalunya pilihan kita tak sama dengan ketentuan Tuhan. Juga pilihan orang lain tak semestinya selari dengan harapan kita. Tak ada apa yang boleh kita lakukan selain mendoakan pilihan yang orang lain buat tu adalah yang terbaik yang Tuhan pilihkan untuknya, dan pilihan yang tak sesuai dengan kehendak kita itu adalah kerana Tuhan mahu mengajar sesuatu :)”

Perbualan antara dua sahabat

A : Awak.. macam mana nak hilangkan cemburu kita kat si dia? sebab kita dah cemburu untuk benda yang remeh. Hmm.
B : Awak, jangan hilangkan cemburu tu. Sebab kalau kita dah hilang rasa cemburu tu bermaksud kita dah takda perasaan sayang dah kat si dia dan si dia bukan yang special lagi untuk kita.
A : Hmm. Masalahnya awak, kita cemburu kat benda yang remeh dan kecik..
B : Nak tahu sebab kenapa kita leh cemburu walau kat benda remeh sekalipun?
A : Nak..nak.. kenapa?
B : Sebab bila kita dah sayang seseorang, benda yang remeh pun dah boleh effect perasaan kita tau.
A : Tak faham lah awak...
B : Macam ni, kalo si dia cakap "I LOVE YOU" kat awak, komfem awak dah rasa bahagia dan happy. betol tak??
A : Memang happy !
B : Tu la yang dikatakan benda kecik pun leh effect perasaan awak. Si dia cakap i love you pun dah leh buat awak bahagia. Si dia je yang boleh buat benda kecik untuk jadi sweet. Jadi tak mustahil si dia jugak la yang boleh buat benda yang kecik dan remeh sampai buat kita cemburu dan menangis. :)
A : Wah, betollah awak. *gembira*

DO'A KETIKA HATIMU RAGU AKAN SESEORANG YANG ENGKAU CINTAI

✽ BismillaahiRRahmaaniRRahiim ✽
YA ROBBI
jika Cinta ini karna pandangan pertama
Janganlah Engkau memberi hamba kesempatan untuk pandangan selanjutnya
YA ROBBI
Jika Sayang ini karna pertemuan pertama, maka janganlah Engkau beri pertemuan selanjutnya
YA ROBBI
jika getaran ini hanya kekaguman saat pertama jumpa janganlah Engkau Beri getaran di perjumpaan selanjutnya
Ya ROBBI
Jika Rasa ini Karna nafsu semata karna melihat apa yang ada padanya,
janganlah Engkau beri kesempatan untuk melihatnya di hari berikutnya
Tapi jika Rasa ini, Cinta ini, Getaran ini, Sayang ini, Kekaguman ini
KarnaMU
Maka Ijinkanlah Cinta ini berlabuh padanya, yaitu dia yang memang namanya Tlah Tertulis Di Lauhul Mahfudz
Dia yang Memang Tlah Engkau takdirkan untuk menjadi pelengkap kekurangan hamba
YA ROBBI
Tiada cinta yang indah selain Cinta KarnaMU
Aamiin
Semoga Allah menghindarkan diri kita dari cinta Sesaat..
Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
... Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..
Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada\' qadar Allah,
Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,
Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata \'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata
"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"
kata hatiku sila perbaiki dulu hatimu
sebelum engkau mencari pemiliknya
kerana buat sementara ini hatimu belum mantap lagi untuk menyayangi orang lain :P

Tuesday, March 05, 2013

InshaaAllah

Ya Allah, aku benar-benar menyayangi dia. Kau peliharalah dia, Kau jagalah dia, Kau berilah yang terbaik dalam hidupnya.
Ya Allah izinkan aku Bercinta Selepas Nikah Jika kau takdirkan dia untukku, kau dekatkanlah hati dia dengan hati aku.
Jika kau takdirkan dia bukan milikku, kau berikanlah kebahagiaan kepadanya dengan memberikan seseorang yang terbaik dalam hidupnya.