Sunday, October 21, 2012
BUAT PEMILIK HATIKU SETELAH ALLAH..
Tolong beritahu si dia, aku ada pesan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
Hanya Engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesanku sampai padanya walau aku sendiri tidak tahu siapa dan di mana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman
larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesananku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...
Ya Allah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku...seta berkatilah bagiku didalamnya...tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bgku dalam agamaku dan penghidupanku serta akibat urusan ku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya,dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja adanya,lalu jadikan aku meredhainya...amin~ ♥ ♥ ♥
Thursday, October 11, 2012
" SURAT DARI SEORANG WANITA YANG TERJAGA HATINYA "
Kepada Calon Imamku yang kelak akan menemani diriku,,
Wahai Calon Imamku,
Bila memang benar engkau mencintaiku,
Maka engkau tidak akan merayuku,
Apakah engkau tau?
Kalau engkau merayuku, maka itu sama saja engkau ingin agar diriku jatuh ke dalam lingkaran hubungan yang terlarang.
Wahai Calon Imamku,
Bila memang benar engkau mencintaiku,
Maka engkau tidak akan menyentuhku,,,
Kalau engkau menyentuhku, apakah engkau tau?
Kalau seandainya aku tidak menjadi pendampingmu kelak,
Apakah engkau mau mendapatkan seorang wanita dari bekas pegangan lelaki lain??
Kalau engkau sendiri sudah menyentuh seorang wanita, masih pantaskah engkau mendapatkan seorang wanita yang belum pernah disentuh oleh laki2??
Wahai Calon Imamku,,,
Jika memang benar engkau mencintaiku Kerana Allah,
Maka engkau akan mengajakku untuk menikah, bukan mengajakku untuk berpacaran kerana pernikahan adalah hubungan yang suci yang diridhai oleh Allah, sedangkan pacaran hanya akan membawa dampak buruk bagi kita..
Wahai Calon Imamku..
"KU TUNGGU ENGKAU DI PELAMINAN"
Bila Waktu Telah Terhenti...
Ketika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu,tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih,terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Mencintai seseorang adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan halal itu bukan hak kita jangan pernah takut untuk melepaskan sesuatu yang belum berhak kita milki,dia pasti akan kembali andainya ALLAH AZZA WA JALLA.. menjadikan ia untuk kita miliki,atau ALLAH AZZA WA JALLA..akan mengganti dengan yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang bukan menjadi hak kita dan ingat jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu..
Tuesday, October 09, 2012
DUHAI HATI KU...
Untuk HATIKU yang masih menanti,
Menantilah dengan cinta.
Cinta yang akan membuatmu menerima apapun kehendak_Nya.
Untuk HATIKU yang masih menunggu,
Menunggulah dengan senyum.
Senyuman ikhlas pada siapa pun yang selalu menanyakannya.
Untuk HATIKU yang masih mencari,
Carilah dengan ikhtiar yang suci.
Ikhtiar dengan harapan dan ketundukkan,melangkah dalam koridor di jalan_Nya..
Untuk HATIKU yang masih merindu,
Rinduilah Dia yang paling layak untuk dirindu. Merindukan_Nya adalah penantian dan pencarian yang terindah..
Untuk HATIKU & HATIMU,sesungguhnya kau dan aku berada dalam genggaman_Nya.Jangan pernah meragukan,apa yang sudah ada dalam ketetapan_Nya..
Hari ini ku tulis surat untuk sebuah HATI,berharap HATI ini hanya menanti,menunggu,mencari dan merindu hanya kerana_Mu ya Allah..
Subscribe to:
Posts (Atom)